Pertemuan tidak dijangka antara Nurina Larissa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali semata-mata kerana merebut puding di majlis Nexus Technologies, kedengaran tersangatlah tidak masuk logik dek akal. Namun hakikatnya... itulah titik permulaan hidup Nurina bertukar menjadi neraka dalam sekelip mata.
Mamat beku tahap ais di Kutub Antartika itu bernama Rian Emeir. Manusia paling dingin yang seolah-olah langsung tidak mempunyai sekeping hati mahupun jiwa. Riak beku wajahnya terpeta dua puluh empat jam tanpa henti, membuatkan Nurina cukup menyesal kerana takdir menjerat mereka bersama malam itu. Dek kerana pertemuan di Majlis Nexus tersebut, hidupnya mula dihujani masalah dan bala bertalu-talu.
"Apa dosa aku dengan kau orang berdua? Apa salah aku?" - NURINA LARISSA
"Bukan dosa. Cuma nasib kau je." - LEO ARDAN
Satu demi satu malapetaka menimpa sejak Nurina terjebak dalam dilema antara dua beradik ini. Si abang, Leo seorang yang sukar dijangka. Sekejap serius, sekejap gila-gila tak bertempat. Manakala si adik, Rian, jauh berbeza. Lelaki dingin yang penuh misteri, menjengkelkan, dan sarkastik dalam setiap bicara.
"Kau ni memang nak mati lah, Nurina!" - RIAN EMIER
"Kalau aku mati pun, bukan jadi masalah kau pun." - NURINA LARISSA
Tatkala segala rahsia gelap mula terbongkar, hati Nurina terasa seperti disiat-siat. Hakikatnya, dia sudah terlanjur menaruh hati. Segala ego, sikap berlagak dan dusta membenci Rian dahulu mula kelam. Namun apabila kebenaran yang menyakitkan mula muncul, perasaan benci itu kembali membuak-buak malah jauh lebih parah daripada dahulu.
"It doesn't mean I accept you." - NURINA LARISSA
"You did, Cyphie." - RIAN EMEIR
Pengakhiran yang tidak disangka, namun membawa kepada satu kebenaran yang selama ini tidak diketahui oleh Nurina. Dan semakin lama dia mengenali Rian Emeir... semakin dia sedar bahawa ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan. Sesuatu yang membuatkan Nurina tertanya... siapa sebenarnya Rian Emeir?
All Rights Reserved