SENANDIKA SERENA

SENANDIKA SERENA

  • WpView
    Reads 124
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jun 14, 2022
Senandika membawa maksud; suara batin, percakapan seorang diri. Senandika Serena. Serena dilahirkan dalam keluarga berpegang pada agama. Agama kristian katolik. Ditakdirkan, dia dikurnia hidayah. Serena bertukar agama. Keputusannya ditentang hebat. Namun ia tidak mengubah keputusan Serena. Dia yakin pada agama Yang Satu itu. Islam. Serena mendalami pengajian tentang Islam di sebuah institusi pengajian. Perasaan cintanya kepada Islam membuak-buak setelah mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Islam. Namun sesuatu yang tidak dijangka, ia telah mengubah hampir keseluruhan hidup Serena. Dia didiagnosis penyakit jiwa. Serena hampir meragut nyawa sendiri. Tidak cukup dengan itu. Setahun menderita penyakit mental, Serena diuji lagi dengan sakit fizikal. Kanser limfoma tahap 3. ___ "Kenapa Allah bencikan aku?" - Serena "Tak, Sera... Allah sayangkan kau." - Fathia "Sayang? Itu bukan sayang, itu benci! Adakah disebabkan aku menumpang agama Dia, aku diuji begini? Kenapa? Hina sangatkah aku?" - Serena "Sera... kau dah salah faham...." - Fathia Cinta Serena pada Tuhan Yang Maha Kuasa berbolak-balik. "Aku benci Tuhan! Aku benci Tuhan! Tuhan tak wujud!" - Serena "Sera...?" - Fathia ___ #1 Ujian [12 Jan 22] #1 Cancer [13 Jan 22] #1 Kerohanian [13 Jan 22]
All Rights Reserved
#23
ujian
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sereine: Rahsia Yang Terkunci (Completed)
  • 𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂
  • HER LOVE LETTER [C]
  • {1.0} Bitter Memories (COMPLETED)
  • SALAHKAN AKU
  • Cinta Terakhir ✔
  • Tentang Kita
  • Eclipsed by Love : RAFAEL ZAYN [COMPLETE]
  • Mimpi Kan Kamu - COMPLETE

Sereine, puteri Sultan Musayyad Zabran dari Negara Violas, memilih jalan paling berbahaya selepas kematian adiknya, Adriani Qaysa. Dengan identiti palsu sebagai Livia, dia muncul di Perancis untuk mendekati Avsar Han, pewaris berpengaruh Kelab Red Empire's Redhill dan bekas tunang arwah adiknya, lelaki yang dipercayai menjadi punca tragedi itu. Perkahwinan mereka bukan lahir daripada cinta, tetapi strategi dendam yang dirancang rapi. Namun di sebalik penyamaran dan niat memusnahkan Avsar, Sereine terperangkap dalam perkahwinan yang dibayangi trauma silam, keganasan emosi dan hubungan yang bercanggah dengan pegangan agama. Bertahun menanggung penderitaan, Sereine menuntut perceraian tanpa sempat menyempurnakan dendamnya. Lebih tragis, dia menyedari dirinya mengandung. Demi melindungi anak yang dikandung, Sereine memilih untuk menghilang, membesarkan anak itu sendirian tanpa pengetahuan Avsar, sementara kebenaran tentang identitinya terus terkubur. Apabila rahsia akhirnya terbongkar, Avsar terpaksa berdepan akibat dosa silamnya, termasuk kesalahan yang pernah meragut nyawa. Usaha menebus kesalahan membawa kepada pertemuan semula yang membuka luka lama dan satu persoalan paling getir. Adakah cinta masih punya tempat selepas dendam, trauma dan rahsia yang memusnahkan segalanya, atau semuanya telah terlambat untuk ditebus.

More details
WpActionLinkContent Guidelines