SAD ROMANCE/ CONFLICT
AUTHOR MAVESSA
SHORT STORY
Aqasha Nurin, seorang gadis dari keluarga yang biasa biasa. Hidupnya sering terselit dengan perkataan malang. Tidak kira dari segi hubungan keluarga, kawan, kewangan, percintaan, kesemuanya dianggap malang olehnya. Tidak pernah sekali dalam hidup Aqasha bersinar satu cahaya yang dinamakan bahagia.
Kadang hati sering tertanya tanya, adakah bahagia itu memang benar bukan tercipta untuk seorang perempuan yang bernama Aqasha Nurin?
Namun bertemu dengan Danish Farhan, seorang lelaki yang bersifat dingin itu membuatkan dirinya seolah olah bertemu dengan satu sinar baharu dalam hidupnya.
Pertemuan mereka yang secara tidak sengaja menyebabkan mereka saling berhubung dan menimbulkan perasaan cinta.
"Aku sayangkan kau Qasha, tolong terima lamaran aku" -Danish Farhan.
Buat pertama kali dalam hidup Aqasha dia merasa bahagia seperti insan insan yang lain.
Hidupnya berubah sejak dia bertemu dengan Danish. Kesemuanya terlihat indah dan berbunga.
Namun semua itu lenyap sekelip mata saat dia ditampar dengan satu kenyataan perit.
"Maafkan saya Cik Aqasha, berat untuk saya sampaikan berita ni pada cik. Dan saya harap Cik Qasha dapat bersabar dan bertenang. Cik Qasha menghidap barah otak tahap 3..."
Sejak itu dunianya seakan berhenti berputar. Terasa bagai semua yang miliknya diragut dalam sekelip mata.
Disaat dia baru sahaja ingin merasakan bahagia, kini ujian yang berat pula datang menimpa.
Apakah pilihan yang Aqasha Nurin pilih?
Apakah pengakhiran kisah cinta mereka?
Ikuti kisah mereka dalam berakhir tanpa ikatan.
Aqasha Nurin x Danish Farhan
Start: 1 Jan 2022
End:
Cover made by myself