Alanna - Dia tak pernah menyangka peristiwa satu malam yang penuh dengan salah faham itu menyebabkan zaman bujangnya berakhir. Bersungguh-sungguh dia menafikan tuduhan tak berasas yang dilemparkan padanya. Tapi, tiada seorang pun yang percaya!
Megat Ilman Zaydan - Apa yang berlaku malam itu seolah-olah mimpi. Tapi entah kenapa dia langsung tidak menyangkal tuduhan-tuduhan itu. Bibirnya dikunci. Lidahnya kelu. Bila disuruh bertanggungjawab, Ilman terus bersetuju. Gilakah dia?
Fakhrul - Pertama kali Alanna muncul di restoran, dia sudah terpaut. Pantang ada peluang, pasti gadis itu cuba didekatinya. Mahu meluah apa yang terpendam di dalam hati, dia tak berani. Macam mana kalau kena reject? Tsk, sakit kut!
"I should have never trust you, Alanna." - Ilman.
"A marriage without trust is nothing." - Alanna.
Kerana kecewa, Alanna undur diri. Kerana salah faham, ego dan cemburu yang tak bertempat, Ilman yang rugi. Setahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali. Tapi waktu itu, Alanna bukan seperti yang dulunya lagi.
"Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh mengingatkan awak pada saya. Tak adalah saya seorang aje yang teringat-ingatkan awak nanti," - Fakhrul.
Untuk menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Alanna, Fakhrul sedar ia cumalah sekadar angan-angannya di siang hari.
Untuk kembali menakluki Alanna, Ilman tak tahu adakah dia mampu setelah dia meninggalkan luka di hati sang isteri.
"Everyone deserves a second chance to clean up their mistake, right?"
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat!
Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA.
pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya.
"Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI
"Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ.
Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka.
Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas.
"Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI
GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala.
Memang introvert.
"Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah
Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata...
"Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN
Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng?
"Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."