TIKA DIA CINTA
  • Reads 1,688
  • Votes 362
  • Parts 27
  • Reads 1,688
  • Votes 362
  • Parts 27
Ongoing, First published Dec 14, 2021
11 new parts
[ROMANCE]
[UPDATE]

Siapa percaya kata-kata seorang budak tak matang berumur 13 tahun? Masih awal untuk memikirkan perihal jodoh. Namun begitu, Sharmila sudah cop Amirul Nurhan. Dia mahu kahwin dengan lelaki itu.

"Amirul Nurhan. Tunggu Mila tau."

Enam tahun jarak umur antara mereka. Masih jauh perjalanan mereka lagi-lagi Sharmila. Baru masuk sekolah menengah, dah tersuka orang yang dah habis sekolah. Silap hari bulan, Sharmila dah tersuka lelaki lain. Itulah kenapa, timbul persoalan tentang percaya.

Amirul Nurhan tak memberi sebarang jawapan bahkan sepatah kata. Entah apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Mungkin kata-kata Sharmila hanya difikir sebagai kata-kata seorang budak yang sedang bermain.

"Jadi ke? Dari dulu asyik duk cerita pasal dia. Jumpa baru berapa kali. Ni dah berapa tahun dah. Dah jumpa dia ke belum?"

Dipersoalkan setelah sekian lama tiada khabar. Amirul Nurhan sedang tunggu dia atau tak sekarang? Sharmila mula berdebar. Amirul Nurhan bukanlah muda lagi. Sudah patut berkahwin dan ada anak.

"Dah putus asa ke?"

"Tak. Selagi Mila tak jumpa dia walaupun Mila dah beruban waktu tu, Mila takkan cari lelaki lain."

Sedekad dia sukakan Amirul Nurhan. Akan ke perasaan dia terbalas atau diakhiri rasa putus asa?

IDEA : MEI 2024
DATE : 15|05|2024
All Rights Reserved
Sign up to add TIKA DIA CINTA to your library and receive updates
or
#15keluarga
Content Guidelines
You may also like
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
62 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL by Yasmyns_Dahlia
37 parts Ongoing
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24
You may also like
Slide 1 of 10
Ameliazone [OG] cover
Bukan Yang Terbaik cover
UNKNOWN  cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Mi Cariño cover
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL cover
IAN QALEEF: TERCIPTA UNTUKKU cover
PELENGKAP HATI DIA [ C ] cover
My Fondness cover
[O.G] SAYANGKU, AISYAH  cover

Ameliazone [OG]

48 parts Ongoing

[Book 2] Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan. Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya. Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba. Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat. Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan. "Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel "Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan. Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit. - Start: 26 Disember 2024 End: -