3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED]
  • Reads 493,991
  • Votes 30,649
  • Parts 56
  • Reads 493,991
  • Votes 30,649
  • Parts 56
Complete, First published Dec 16, 2021
Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi anak-anaknya, Marissa bangkit untuk melupakan derita dan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Hidupnya semakin berseri dengan kehadiran seorang lelaki yang tidak sengaja dipertemukan di negara itu. 

"Hai, saya Adam. Bakal imam awak dan papa kepada anak-anak kita nanti." - Adam Benjamin. 

"Gila! Tak nampak saya tengah mengandung ni?" - Marissa Jasmine. 

"Lupakan dia. Awak berhak tentukan hidup dan kebahagian awak. Awak kena ingat satu perkara ni, saya, Adam Benjamin takkan pernah tinggalkan Marissa Jasmine. Dia satu-satunya perempuan yang berjaya curi hati saya. Saya akan terima awak dan baby yang bakal lahir ni." - Adam Benjamin. 

Tuhan itu Maha Adil. Dia menghadirkan Adam di saat Marissa memerlukan kekuatan seseorang untuk meneruskan hidupnya. Luaran Adam nampak beku tapi hatinya penuh dengan rasa cinta terhadap Marissa. 

Namun, saat dia ingin menggapai bahagia, Harraz hadir menagih semula cintanya. 

"Abang mengaku yang abang dah buat kesilapan besar dalam hidup abang. Tolong sayang, maafkan abang. Kembali semula pada abang demi anak-anak kita." - Harraz Daniel. 

"Anak-anak kita? Siapa anak awak? Anak awak dengan Natalia! Bukan saya! Saya ni perempuan kotor! Perempuan yang awak jijik!" - Marissa Jasmine. 

Harraz buntu. Dia tahu kesalahan yang dibuat amat sukar untuk Marissa memaafkannya. Namun, seorang Harraz Daniel tidak akan berputus asa untuk menagih semula cinta Marissa. 

"Abang sanggup buat apa saja asalkan sayang bahagia dan hubungan kita kembali seperti dulu." - Harraz Daniel. 

"Kebahagian saya bila awak lepaskan saya! Ceraikan saya, Harraz Daniel!" - Marissa Jasmine. 

Bagi Marissa, cukuplah sakit dan derita yang ditanggungnya. Apatah lagi, satu persatu rahsia yang Harraz simpan membuatkan dia makin benci kepada lelaki itu. 

"Tolong lepaskan saya." - Marissa Jasmine. 

PLAGIARISM IS NOT ALLOWED!
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add 3.0 | DENDAM CINTA 2 [COMPLETED] to your library and receive updates
or
#76cinta
Content Guidelines
You may also like
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ by ascarlet_
108 parts Complete
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia hidup. Apabila ditanya tentang ibunya, ayahnya langsung menukar topik. Hidupnya hanya seorang diri sahaja sehingga satu masa dia bertemu dengan Aleena Fannedella yang datang menolongnya daripada serangan Demon Ammande iaitu keturunan rasaksa yang tersesat ke dunia manusia kerana Pintu Averra telah rosak. Aleena Fannedella adalah gadis yang datang dari dunia aneh yang bernama Stellantra World. Aleena ditugaskan untuk membunuh semua Demon Ammande yang masuk ke dunia manusia sementara Pintu Averra dibaiki. Alenna amat terkejut apabila berjumpa Diandra yang dapat melihatnya sedangkan manusia sememangnya tidak berkebolehan melihat keturunannya. Dan disebabkan itu, Alenna yakin yang Diandra bukan manusia sebarangan dan dia membawa Diandra ke dunianya iaitu Stellantra World walaupun secara dipaksa. Apakah rahsia yang disembunyikan? Siapa sebenarnya Diandra Advilent? Kehadiran suara wanita di minda Diandra membuatkan Diandra makin mengenali dirinya yang bukanlah manusia biasa. Dan tiba harinya, wanita yang sering hadir dalam minda Diandra muncul memberi misi mencari sejenis penawar sumpahan di Hutan Orkida. Dan di sana, mulalah pengembaraan Diandra dan rakan rakannya. Disebabkan satu misi, semuanya berubah. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi? Apakah rahsia yang terbongkar? Siapa diri Diandra sebenarnya jika dia bukan seorang manusia?
You may also like
Slide 1 of 10
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎ cover
[C] Aishar World: The Lost Powers cover
PHILOPHOBIA Malay OG cover
KERANA DIA cover
37. The Lost Crown cover
Silent Melody [✔️] cover
© | 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝘿𝙐𝘼 𝘼𝙇𝘼𝙈 cover
[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO) cover
ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2 cover
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ cover

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎

40 parts Complete

1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surrender pun. Kalau berani, buktikan yang kau juga hebat boleh jadi maskot dan juara pembarisan pada hari sukan nanti" - DANISH. Selepas satu kejadian, SEYRAA menjauhkan diri dia daripada DANISH dan terpaksa menafikan sedikit perasaan dia terhadap lelaki tersebut. "Okay ! Kalau kau tak percayakan aku, kau kena ingat apa yang aku nak cakap ni. Satu hari nanti aku akan pastikan kau jadi isteri aku, sehidup semati dengan aku" - DANISH. Aik ? 🚯 ALL RIGHT RESERVED 🚯 100% MY IDEA VOTE LA KORANG THNKS ! Ni cerita pertama jadi agak banyak kekurangan Yang Ada. Maaf banyak banyak.