Terlalu banyak luka yang menjadi parut dihati Aurel Syuvinna. Kejadian buruk yang menimpanya selama bertahun-tahun telah menumbuhkan sebuah rasa dendam. Aurel Syuvinna yang ketika itu berumur 18 tahun seharusnya melangkah ke alam universiti namun dihantar ke Indonesia kerana mengetahui sesuatu yang akan menghancurkan keluarganya. Kepulangannya ke Malaysia menjadikan dia sebagai sasaran oleh keluarganya untuk mendapatkan harta warisan yang diwasiatkan oleh ibunya kepada dia. Nyawanya menjadi taruhan. - Pernikahan bukan suatu mainan kontrak seperti cerita cinta novel - Aurel Syuvinna - Once you be my wife, you gonna hold that title forever - Zayyan Lavroth Pertemuannya dengan Zayyan mengubah hidupnya yang penuh dengan cahaya kegelapan. Pernikahan yang pada awalnya cuma untuk menyelamatkan nyawa bertukar menjadi cinta yang tidak dapat dipisahkan. Zayyan merupakan seorang pensyarah disebuah universiti. Lelaki kacukan Itali ini terlihat muda dari usianya. Kaya dari segi harta namun kosong didalam jiwa. Hadirnya Aurel telah mengisi hatinya yang sudah lama dalam kekosongan. Apakah yang akan terjadi pada Aurel? Bagaimana kah pengakhiran keluarga nya yang tidak berhati perut itu? Bagaimana rasa cinta tumbuh diantara dua insan yang jauh bagaikan langit dan bumi itu?