Why Me?
Hidup Nur Umaira tampak begitu sempurna. Dia berpendidikan tinggi, memiliki kerjaya yang cemerlang, keluarga yang bahagia, dan tunang yang tampan, kaya serta tidak pernah lokek memanjakannya.
"Just say it, honey. I can give you anything." - Faizal Aziz
Di mata mereka, hidupnya kelihatan seperti sebuah kisah yang didambakan semua orang. Namun, kesempurnaan itu hanyalah sementara.
Satu pengkhianatan meranapkan segala impian yang dibinanya. Kepercayaan yang diberi dibalas dengan luka yang tidak terperi. Sedikit demi sedikit, dia kehilangan segala-galanya sehingga akhirnya tidak lagi memiliki apa-apa selain dirinya sendiri.
Di saat seluruh dunianya runtuh, hadir seorang wanita berhati mulia yang menghulurkan tempat berteduh. Dengan hati yang berat, Nur Umaira menerima. Tanpa dia sangka rumah itu turut dihuni seorang cikgu disiplin yang beku, dingin.
Musuh dalam rumah. Setiap hari ada sahaja perang dingin yang tercetus.
"Aku cuma nak ingatkan kau. Aku menjaga amanah ibu untuk jaga kau. Kau ingat senang nak pikul tanggungjawab menjaga perempuan degil dan keras kepala macam kau?" - Zayn Hakeem
"Sebenarnya kau tak ikhlas, kan, Zayn? Kau terpaksa terima aku tinggal di sini sebab ibu. Kau terpaksa jaga aku." - Nur Umaira
Sekeras-keras hati seorang lelaki, akhirnya mampu juga dilembutkan. Apabila cikgu disiplin bertukar menjadi lelaki paling green flag, tanpa sedar kupu-kupu mula berterbangan di dalam hati. Benci yang dulu memenuhi ruang, perlahan-lahan bertukar menjadi rasa yang sukar dinafikan.
Tetapi setiap rahsia akhirnya akan menemui jalan untuk terbongkar.
Dan apabila masa silam kembali menghantui, Nur Umaira memilih untuk menjauh. Dia percaya dirinya tidak lagi layak dicintai. Tidak ada lelaki yang sanggup memperisterikan wanita sepertinya.
Saat hati Umaira benar ragu-ragu, mampukah dia menerima cinta baru?
"Why me?"
"Why not, when Allah says kun fayakun..."