SEBUAH CERPEN OLEH XIMUNI_ Mikayla Mikael seorang anak yang selalu mahu membahagiakan dan menyenangi hati ibu bapanya. Baginya, cukuplah dia dapat membuat mereka bahagia walaupun dia tidak melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia juga bukan pilihannya. Kata orang hidup kita boleh memilih. Terdapat banyak pilihan yang ada. Namun, tidak pada Mikayla. Pilihan yang dia ambil membuatkan dia hilang kasih sayang seorang ibu dan hilang perhatian yang dia damba-dambakan sejak kecil. Pilihan yang dia pilih juga menjadikan dia seorang anak yang tak kenang budi pada ibunya, dia penat. Tiada siapa yang tahu. Memaksa diri untuk terus berjuang bukan perkara yang mudah. Paksaan bukan pilihan yang bijak tapi apa lagi pilihan yang dia ada. 'Tahniah anak ibu! Anak Ibu dah buat yang terbaik.' Sebaris ayat sahaja yang dia mahu ibunya katakan pada dirinya. Namun sekalipun dia tidak pernah berpeluang untuk mendengarnya. Mampukah Mikayla menghadapi tekanan yang dia hadapi? Sempatkah Puan Maria mendengarkan isi hati Mikayla? STATUS : COMPLETEDAll Rights Reserved