The Trophy's Lover | [e-book]
7 parts Complete [ SPIN OFF DESTINY ]
ROMEL REYES | Bintang muda pasukan bola sepak Thunderhawks, punya segalanya, bakat, rupa, populariti dan kehidupan glamor. Namun di balik senyum dan gurau selamba, Romel hidup di bawah bayangan harapan tinggi ibunya, Datin Alissa, seorang pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama mewah Aliese.
DEWI NAOMI | bekas pengawal peribadi antarabangsa, kembali ke Malaysia untuk bekerja dengan Datin Alissa. Tegas, profesional, dan berdinding hati. Baginya, tugas hanyalah tugas.Melindungi majikan, menjaga keselamatan, dan tidak lebih dari itu.
Segalanya berubah apabila Dewi diarahkan mengawal Romel, yang bukan hanya terkenal di padang, tetapi juga penjaring senyuman di luar padang. Gelaran aneh 'cik bunga' daripada Romel mula mengganggu ketenangan Dewi, sedangkan bagi Romel, gelaran itu satu cara untuk memecahkan jarak hati wanita misteri itu.
Dalam dunia penuh sorotan media, gosip panas dan perlawanan sengit di padang, dua jiwa yang sangat berbeza ini bertembung. Antara tanggungjawab dan rasa, antara garisan profesional dan getar hati yang sukar disangkal, mereka diuji adakah Romel benar-benar mahu mengenali Dewi sebagai wanita, atau sekadar seorang bunga di tepi trofinya?
Dan Dewi sendiri, sanggupkah dia melangkah keluar dari bayang tugasnya demi peluang untuk merasa dicintai oleh lelaki yang hidupnya menjadi tontonan satu dunia?