Antara Pilihan Dan Takdir
21 parts Complete Afdhal, seorang pemuda berusia 20 tahun yang lembut hati dan tidak pandai membaca 'hint' cinta, tidak menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana tertinggal bas ke kolej. Di stesen bas itu, dia bertemu tiga gadis - Adriana Mikhail, Syazira Rose, dan Sofea Jane - yang rupa-rupanya juga pelajar kolej yang sama.
Perkenalan mereka bermula secara tak terduga dan berkembang menjadi persahabatan yang erat. Namun, hati manusia sukar diduga. Ketiga-tiga gadis itu mula jatuh hati pada Afdhal - kerana sifatnya yang caring, tenang walau serabut, dan tidak pernah gagal buat mereka rasa selamat. Tetapi siapa sangka, rasa suka yang dipendam oleh tiga sahabat ini ditujukan kepada orang yang sama?
Dalam perjalanan mengenali hati, luka lama dan peluang kedua, siapakah yang akan menjadi pilihan Afdhal?