We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Celestial: Into The Darkness

Celestial: Into The Darkness

  • WpView
    Reads 84
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 26, 2023
WpInfo
Fanfic
1Direction
Celestial, empayar yang berdaulat dan harmoni. Dibawah naungannya, wujud kerajaan iaitu kerajaan Elite, Elestial dan Chalestial dan diperintah oleh Raja Karl bersama Ratu Dina. Semuanya normal belaka sehinggalah bala membadai kerajaan Celestial. Lagenda mengatakan bahawa, terdapat tujuh orang pemuda yang akan dibantu oleh beberapa orang rakan untuk mengalahkan Black Jade, raja kejam. Akibat kerakusan dan tidak berperikemanusiaan, telah menyebabkan puaknya, Shadowling, dibuang dan dipulau. Sementara Shadowling menjadi puak yang dilupakan, puak hibrid, iaitu penduduk kerajaan Elite menjadi kebanggaan dan sering disanjung. Menjadi barisan pertahanan pertama dek kuasa yang dimiliki. Manakala kerajaan Elestial dihuni oleh puak Elemental yang unik dan pelbagai. Akhir sekali, puak Changling yang mampu bertukar rupa menjadi haiwan yang pelbagai saiz dan rupa. Kedamaian empayar Celestial tidak berkekalan lama. Jika dahulunya semua puak hidup harmoni dan dalam kata sepakat, kini perbalahan menjadi tradisi. Bertemu sahaja, pasti bertikam lidah. Pernah juga berlaku rusuhan yang hampir meragut nyawa ramai. Keadaan seperti inilah yang membuka ruang dan peluang kepada Puak Shadowling untuk campur tangan dan mengeruhkan lagi keadaan. Bermula dengan pencerobohan dan intipan rahsia, semua rahsia keselamatan dan kelemahan empayar Celestial dibongkarkan kepada seluruh puak Shadowling. Namun, siapa sangka dalam kalangan mereka masih ada yang menentang secara senyap. Tidak mampu melakukan apa-apa selain menurut perintah Black Jade. ------------------ "Kita..kawan, kan?" - Pang "Kau cakap apa ni? Kalau aku tak anggap kau kawan, memang tidak aku bercakap dengan kau dan bawa kau masuk kampung." - Iris ------------------ "Itu.. kuasa elemental halilintar." "Dialah anak Haira dan Liam, pengawal terulung kampung Elestial." "Jadi, selama ni... Khabar angin tu betul!" -----------------
All Rights Reserved
#4
thorn
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️
  • TERIMA KASIH ABANG HALI! | BOBOIBOY HALILINTAR
  • Pay For Kill[Complete]
  • The Lost Light[Complete]
  • White String[Complete]
  • 18. The Kingdom
  • Time Repeat II (COMPLETE)
  • The Light Once Shine So Bright [Complete]
  • Little Brother? Light Of The Madness[Complete]

Kenapa? Salah ke bila seseorang gemok? Hina sangat ke orang yang gemok ni? Nurul Azahzlin. Ketinggian 160 dengan berat badan 75kg. Cukup dikategorikan sebagai manusia obesiti atau dalam bahasa kasarnya gemok. Entahlah, semakin cuba menurunkan berat badan semakin naik pula berat badannya. Daripada 60kg naik kepada 65 and lastly ke 75kg. Hmm ? "Woi budak xl." - Rizwan Raykal. Nurul Azahzlin mendengus. Apalagi mamat sengal ni nak. "Pew?" Balas azahzlin malas. Meja belajar azahzlin ditendang kuat menggunakan kakinya. Kelas yang tadinya bising kini menjadi senyap. "Azah... Kau tahu kan dia suka kau?" Soal rizwan rayyan dengan senyuman nipis. "Dia? Boleh tak kau jangan cakap pasal dia? Aku tak suka." "Kenapa? Kau masih marah sebab dia pergi ....." "Just stop it rayyan. Aku tak nak bahas lagi." Celah nurul azahzlin. Rizwan rayyan mengeluh berat. "Azah!!! Tunggu aku." Jerit rizwan raykal. Lengan nurul azahzlin dicengkam kuat. Gadis itu berusaha untuk melepaskan diri tetapi apakan daya. Kekuatan lelaki lebih kuat dari dirinya. "Apa kau ni. Lepaslah. Sakit tahu tak!!" "Kau kena janji, kau Dengar dulu apa yang aku nak cakap. Baru aku lepaskan. " jawab rizwan raykal tegas. "Faz.... apa yang perlu aku buat?" "Maafkan dia. Bukan salah dia. Kau patut fikir, kalau dia tak pergi mungkin kau takkan dapat berjumpa dengan dia lagi. Dia tak rela pun azah." Pujuk intan fazlina. "Azah. Please tanya hati kau semula. Kau betul nak biarkan riz pergi lagi sekali? Kau yakin??!!!!!! Please dont be selfish!!!" Soal azmir bersungguh.

More details
WpActionLinkContent Guidelines