Kata orang, cinta tidak bisa dijual beli.
Tetapi tidak untuk seorang lelaki yang sudah beku hatinya untuk mencintai. Akibat kenangan pahit lalu, dia membesar menjadi seorang yang tidak ada kasih sayang. Prinsipnya hanya satu, tiada seorang perempun pun layak untuk berdampingan dengannya.
Sehinggalah ketika ulang tahunnya yang ke-32. Detik itu, mengubah segala-galanya.
"Kau tak ada rasa nak kahwin ke? Ada isteri, anak? Sampai bila nak membujang...kau tu bukannya muda lagi. Nanti dah terlambat, baru nak menyesal." -Ku Zaril.
Tetapi bukan kahwin yang melekat di otaknya.
"Anak? Aku memang nak rasa ada anak. Anak dari benih aku. Pewaris aku. Tapi aku tak akan kahwin." - Ku Qidran.
"Eh bengap bin sengal! Kalau tak kahwin, mana nak datang anaknya? Kau fikir anak tu boleh beli dekat shopee ke?" -Ku Zaril.
Ada betulnya juga kata-kata Ku Zaril itu. Tapi...ah, persetankan semua itu! Ku Qidran tidak mahu memanjangkan topik itu. Apa yang menjadi keutamaan dia sekarang ini adalah anak. Ku Qidran mahu memiliki seorang anak. Setidaknya boleh menjadi peneman hari tua nanti.
Pertembungan dengan seorang gadis malang di sebuah kelab malam yang dikunjunginya membuahkan akal licik di benak Ku Qidran. Mungkin dengan cara ini, dia boleh mendapatkan keinginannya.
"Encik tolong saya. Saya tak nak buat kerja ni! Saya dipaksa, encik. Tolong bawa saya keluar dari sini." - Nasuha Zahra.
"Betul nak keluar dari sini? Tak nak buat kerja ni?" - Ku Qidran.
Bersungguh-sungguh gadis itu mengangguk. Dan akhirnya Ku Qidran bersetuju. Namun, kata orang lagi, there is nothing free in this world. Everything comes with price. She need to 'pay' it.
"Aku dah beli kau dengan harga RM500,000. Jangan kecewakan aku, Nasuha Zahra. Beri apa yang aku nak, kau akan selamat dari sini. Deal?"
Hendak tidak hendak, Nasuha terpaksa menerima perjanjian Ku Qidran untuk keluar dari tempat itu. Marriage contract, Nasuha dipaksa untuk menandatanganinya.
"Until the contract ends, you're still mine."
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]