KERANA mengejar kesempurnaan, rasa cinta yang pernah terdetik di hati ditanam ke sudut hati yang paling dalam. Tak pernah diluah malah mahu dikuburkan tanpa sebarang tanda. Sangka Harith, kesempurnaan yang dipilih dalam diri Syakila akan membawa kebahagiaan. Ternyata, pilihannya silap. Semuanya musnah bila Syakila curang dan mengandungkan benih lelaki lain. Dalam sibuk merawat hati yang terluka kerana dikhianati, dia diminta berkahwin lagi. Permintaan uminya tak dapat ditolak. Bercinta bagai nak rak pun bukan menjamin kebahagiaan, itu kata uminya. Bagi Harith pula dia hanya mahukan bahagia. Doanya, semoga perkahwinan kali ini berhasil. Mampukah Harith menggapai bahagianya? Siapakah si gadis yang berjaya menakluki hati Harith? Adakah gadis sama yang pernah bertakhta di hatinya dahulu?