Rantaian Dendam

Rantaian Dendam

  • WpView
    Reads 323
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadComplete Sun, Jan 23, 2022
Mengisahkan tentang Detektif Gibran yang menjalakan perkhidmatan siasatan kes jenayah. Inspektor Karim yang sering bergantung kepada Detektif Gibran meminta bantuan Detektif Gibran untuk menyiasat kes pembunuhan polis berpangkat tinggi. Gibran dan Inspektor Karim pergi ke tempat pembunuhan. Satu perkara aneh berlaku. Ahli anggota polis yang bertugas telah pengsan. Mayat polis berpangkat tinggi itu telah hilang. Mereka berdua mencari mayat itu. Mayat yang sepatutnya berada di ruang tamu tetapi ditemui dalam keadaan yang tergantung di bilik stor. Gibran menyimpulkan bahawa itu kes bunuh diri. Keesokan paginya, Inspektor Karim datang berjumpa dengan Gibran sekali lagi. Kes terbaru iaitu kes pembunuhan ahli politik yang mati di kediaman sendiri. Gibran dan Inspektor Karim pergi ke tempat kejadian. Malangnya perkara yang sama berlaku seperti sebelum ini. Mayat dijumpai tergantung di dapur. Gibran menyimpulkan kes itu kes bunuh diri. Inspektor Karim yang mendengar penjelasan Gibran berasa emosi dan satu pergaduhan berlaku. Anggota polis yang tersedar meleraikan pergaduhan mereka. Selesai pihak polis bertugas menjalankan tugas dan mengumpul bahan bukti, Gibran dihantar pulang. Malam itu, Gibran didatangi oleh pemuda dari masa depan yang memberikannya gambar-gambar yang diambil dari masa depan. Pemuda itu ialah cucunya iaitu Mokthar. Gibran mengambil gambar-gambar itu di atas mejanya. Dengan menyentuh gambar-gambar itu, kedua-dua kes yang dikatakan bunuh diri itu terungkap. Pembunuhan itu diubah daripada sepatutnya berlaku kepada perkara yang tidak patut berlaku. Gibran seperti berada di alam lain melihat kebenaran dan perkara yang diubah. Dengan alat dari masa depan, Gibran gunakannya untuk membetulkan masa kembali seperti sedia kala. Selepas menggunakan alat itu, Gibran kembali ke masa asal dan sudah dapat menyelesaikan kedua-dua kes. Dengan bantuan dua orang pembantunya dan Inspektor Karim akhirnya penjenayah sebenar dapat diberkas.
All Rights Reserved
#53
kekeluargaan
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SELENOPHILE (OG)
  • LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA
  • Saranghae Ustaz Inspektor
  • Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
  • The Price of Vengeance: Blood Oath Season 2
  • Rabbit Sakti [18SG]
  • Rahsia Takkan Terkubur
  • Broken Bodies (21+)

Bulan Mikayla, seorang inspektor yang disegani kerana kecekapan dan profesionalismenya, kini berhadapan dengan kes paling mencabar dalam kerjayanya. Sebuah jenayah kejam yang melibatkan eksploitasi seksual terhadap wanita menyeretnya ke dunia gelap yang penuh ancaman. Dalam usahanya membongkar kebenaran, Bulan dipaksa berhadapan dengan rahsia masa lalunya-kenyataan pahit yang selama ini cuba dia lupakan. Di sisi lain, Kashaaf Alqadr, seorang lelaki sederhana yang bekerja sebagai pengubah bunga, terperangkap dalam tragedi apabila kakaknya menjadi mangsa pembunuhan misteri. Desakan untuk mencari keadilan mendorong Kashaaf terlibat dalam siasatan, walaupun ia bermakna mempertaruhkan nyawanya sendiri. "Kalau perempuan itu boleh buat jantung aku berdebar ketika pistol diacukan, aku akan pastikan jantung kau terhenti," ujar Kashaaf dengan senyuman sinis. Ketika Bulan semakin hampir dengan kebenaran, dia dikejutkan dengan plot penuh tipu daya yang mengancam nyawanya. Kehilangannya selama dua tahun menimbulkan kekacauan dalam pasukan, tetapi tekad untuk mencari pembunuh sebenar terus membara. Siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini? Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Bulan? Dalam dunia yang dipenuhi tanda tanya, tiada apa yang kelihatan seperti yang diharapkan. Setiap petunjuk membawa mereka ke jalan yang lebih gelap, di mana kebenaran yang dijumpai mungkin lebih menghancurkan daripada bayangan mereka.

More details
WpActionLinkContent Guidelines