[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVE
  • Reads 902,147
  • Votes 60,016
  • Parts 67
  • Reads 902,147
  • Votes 60,016
  • Parts 67
Complete, First published Jan 21, 2022
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ]

Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki kebahagiaan yang ia mahu kecapi selama ini. Pelbagai perkara indah datang berpusu dalam kehidupan gadis yang bernama Fleur Sophia. 

Tetapi langit tidak lah selalu cerah, dikala kehidupan dia sedang diselaputi dengan bahagia, ribut datang buat kali kedua dan cuba untuk hancurkan kehidupan gadis kecil ini sekali lagi. 

Bermacam perkara yang Fleur dan keluarganya lakukan demi kembalikan semangat Fleur yang hilang. Tapi setiap kali Fleur kembali jadi dirinya yang dahulu, setiap kali itu lah penderitaan akan datang menyerang hidup gadis tersebut.
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add [C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVE to your library and receive updates
or
#1fictionalcharacters
Content Guidelines
You may also like
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
18 parts Complete
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Dia Untuk Aku by karyaseni2u
15 parts Complete
BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. "Awak terlalu tualah untuk saya..." - Johanees "Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - Taufiq "Boleh tapi tidak pada saya..." - Johanees "Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - Taufiq Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan. "Kenapa?" - Taufiq "Saya bukan perempuan baik..." - Johanees Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.
SURAT CINTA  by leesophielia
5 parts Ongoing
Pada asanya dia hanyalah seorang penghantar paket. Melati Iris. Seorang gadis yang lurus bendul dalam percintaan. Wataknya yang ceria dan suka berloyar buruk buatkan dia disenangi dengan orang disekelilingnya, kecuali satu orang. Tuan Fareed Elman. Memiliki perwatakan yang teliti dan mempunyai satu gelaran iaitu OCD boy. Kisah mereka bermula bila Melati akan menghantar pakej ke syarikat dimana tempat Tuan Fareed bekerja. Apa yang awalnya hanyalah satu urusan kerja, kini semakin hari semakin rumit apabila mereka terpaksa berurusan lebih dekat. Tambah pula bila mereka terpaksa menjadi 'jiran' tanpa sengaja. "Jangan ketuk pintu rumah saya. Jangan intai rumah saya. Jangan bagi salam. Dan jangan masuk." - TUAN FAREED ELMAN "Saya nak pinjam gula. Rumah Tuan ada gula?" - MELATI IRIS Melati Iris dan Tuan Fareed Elman, dua jiwa yang lurus dalam hal percintaan. Surat Cinta. Satu aplikasi yang dicipta untuk golongan seperti mereka yang mencari cinta secara anonim. "Aku nak tahu sangat siapa orang disebalik nama Anti Hati Berduri tu." "Cubalah kau set masa dan jumpa dengan dia. Dari situ kau akan tahu siapa dia." - RISSA Melati mencuba. Dan yang hanya dia dapat, hanyalah kekecewaan semata-mata. "Aku dah taknak main benda ni dah..." - MELATI IRIS Namun, di sebalik setiap mesej yang dihantar, tersembunyi misteri yang lebih besar. Siapakah yang akan menemui cinta sejati melalui Surat Cinta, dan apakah harga yang perlu dibayar untuk menemui kebenaran di dunia maya ini? "Kadang-kadang cinta datang dengan cara yang tak kita duga, tetapi tetap singgah di hati yang tepat." START : 13 JANUARI 2025
Misi IVTG by TheFnlini
26 parts Complete
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
44 parts Complete
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
You may also like
Slide 1 of 9
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED] cover
Hanya Rindu ✔️ cover
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) cover
Dia Untuk Aku cover
SURAT CINTA  cover
Misi IVTG cover
Until We Meet Again [C] cover
Terkecuali : Mikael cover
Kasih Kita Sempurna (BAKAL TERBIT) cover

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]

55 parts Complete

𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021