• RETELLING OF LEYLA MAJNUN • Perang. Dua harkat, enam abjad itu mampu menggoncangkan dunianya. Yang diam dicari, yang rapat tak terlihat. Bagi Qays, itu semua kesilapan lampaunya. Dia banyak kehilangan orang yang dia sayang. Abah, umi serta rakan Nebwet yang lain. Bagi Leyla pula, dia tidak kisah pada permulaan cerita. Apa yang dia mahu, pengakhiran cerita ini harus bahagia. Bagaikan kisah puteri yang mengharapkan keajaiban, tanpa mengetahui kisah yang sebenar. Segaris senyuman terukir dengan penuh makna apabila Leyla mula faham situasi yang berlaku ini. Tidak sangka yang menjadi sasaran itu adalah dirinya yang terkepit dalam peperangan ini. Entahlah, dia rasa dia diperbodohkan oleh cintanya sendiri. . . . Leyla, Kau itu bukan cintaku. Cinta itu adalah satu jambatan yang saling menyatukan. Dan.. Kita tidak perlu saling menyatukan kerana kau adalah aku dan aku adalah engkau kita sememangnya bersatu. Cukup nama mu ku ukir dalam setiap doaku. Biar Allah yang menyatukan, Bukan mereka... Majnūn Leylā | 23 NOV 3067 |