Story cover for Dari Mata by arasyad_
Dari Mata
  • WpView
    Reads 1,684
  • WpVote
    Votes 133
  • WpPart
    Parts 17
  • WpView
    Reads 1,684
  • WpVote
    Votes 133
  • WpPart
    Parts 17
Ongoing, First published Jan 31, 2022
Hikayat Darma Sagara, peniaga muda yang berusaha menghidupkan keluarganya setelah kepergian kedua orang tua. Berusaha tidak mengeluh walau wang yang dia miliki hanya mampu membeli bahan mentah untuk dimakan di kemudian waktu.

Semua sumber kewangan yang Darma dapatkan, digunakan sepenuhnya untuk membiayai keperluan sekolah adiknya yang masih berada di tingkatan 5. Walau dilanda masalah ekonomi, Darma cuma mampu reda dan berpasrah sepenuhnya kepada Tuhan.

Kerana kekangan dalam kewangan, Darma akhirnya harus dengan terpaksa menguburkan seluruh niat juga mimpi yang ingin ia kejar, menurutnya pengorbanan itu perlu bagi kesenangan adiknya.

Namun, pertemuan Darma dengan sosok pengusaha bergelar Arjuna serba sedikit merubah jalan cerita dari Darma. Yang awalnya Darma berfikiran pesimis dengan kisah hidupnya, seketika langsung berubah drastik setelah mendengarkan penerangan Arjuna mengenai dunia usahawan. Rasa kagum dan gembira ia rasakan bersahutan, Arjuna ibarat pelangi yang muncul setelah hujan. Tidak henti-hentinya membuat Darma merasa bersyukur.

Arjuna yang sering kali membantunya, membuatkan Darma merasa malu serta segan. Perbuatan Arjuna menggambarkan seakan Darma tidak boleh apa-apa tanpa Arjuna, bagai enau dalam belukar semua yang iri padanya akan berspekulasi begitu. 

Tapi lain pula yang Arjuna rasakan, dia merasa seakan sudah mempunyai hak untuk melayan Darma dengan baik dan itu suatu keharusan baginya. Dia sebenarnya agak bingung dengan perasaan dia sendiri, apalagi dengan keadaan dada yang acap berdetak panjang sesaat bertemu lelaki itu.

"Saya tak tahu apa sebabnya, tapi selagi saya rasa nyaman saya akan ikutkan hati saya." ARJUNA PUTERA

"Awak jangan lah terlalu berharap pada saya, saya takut awak menyesal," DARMA SAGARA

"Tiada penyesalan dalam hidup saya, Darma. Penyesalan saya yang sesungguhnya hanya akan terjadi, jika saya lepaskan awak pergi," ARJUNA PUTERA
Creative Commons (CC) Attribution
Sign up to add Dari Mata to your library and receive updates
or
#672bl
Content Guidelines
You may also like
PENAKLUK CINTA ENCIK DUDA by QhayraQhayriesa
10 parts Complete Mature
BLURB Tunggang-langgang hidup Lara sebaik bergelar setiausaha Fateh a.k.a duda playboy di Merak Megah Holding Berhad. Sudahlah lelaki itu keras kepala, kurang ajar pula orangnya. Budi bahasa? Huh. Memang tak ada! Bagi Fateh pula, Lara pembawa musibah. Gadis itu berlagak seperti bayang-bayangnya. Hampir setiap masa ada di sisi. Rimas? Tersangat-sangat! Ditambah tingkah selamba dan tak tahu malu Lara, Fateh rasa dunianya gelap serta-merta! "Eii... kalaulah saya tahu nak jadi semua ni, mati hidup balik pun saya tak terimalah tawaran gila ni!" - Lara "Padanlah dengan muka kau. Kau nak sangat jaga aku, kan? Hah, lepas ni kau jagalah aku siang malam!" - Fateh Salah faham mengikat kedua-duanya dalam perkahwinan. Lara tak rela. Fateh pula gembira. Sangkanya, inilah masa dia dapat membalas dendam. Tak sedar hati dah berbunga cinta dalam diam. "Jadi inilah sebabnya kau hadir dalam hidup aku? Hanya untuk musnahkan semuanya, begitu?" - Fateh "Kalau itu yang awak fikir, anggap sajalah jawapannya ya." - Lara Mengamuk Fateh saat rahsia sebenar Lara terbongkar. Bertambah sakit hatinya bila sedar. Lara punya matlamatnya sendiri. Tak nak mengaku kalah, Fateh merancang misi. Gadis itu harus jadi miliknya. Mutlak! "You will be mine, Lara. Forever. Either by hook or by crook!"- Fateh "Buatlah apa yang awak nak buat Fateh. Saya takkan kisah sebab saya tahu, awak takkan dapat halang saya."- Lara Mulut saja kata tak kisah, sebetulnya Lara tak senang hati. Benar hatinya tiada cinta, tapi selama mana dia dapat bertahan bila terus-terusan digoda? Antara impian diri dan cinta encik duda, mana satu yang harus dia pilih? Fateh sendiri, tegakah melepaskan Lara pergi saat dia yakin, cintanya memang benar-benar sudah ditakluki?
TUNKU'S SENORITA [slow update] by irdaina
24 parts Ongoing
[First Story] Ayra Dayana-anak kepada Dato' Azhari Ahmad. Dilahirkan dalam keluarga ternama, dia seorang gadis yang ceria, mesra, dan mudah bergaul. Dengan kulit seputih mutiara dan mata hazel yang redup, dia sentiasa tampak tenang dan penuh pesona. Hidupnya seolah-olah sempurna, dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Tapi semua itu hanyalah dusta semata- mata. Dengan hanya satu tragedi telah meranapkan dunianya. Dalam sekelip mata, Ayra Dayana yang periang lenyap. Dia berubah menjadi seorang yang dingin, pendiam, dan menjauhkan diri dari semua orang. Hatinya kosong. Percaya pada manusia? Tidak lagi. Dunia yang dulu terasa indah kini penuh kegelapan. Di saat dia berada di titik terendah, hadir seorang lelaki yang tak dikenali. Kehadirannya aneh, seolah-olah dia sudah lama ada, memerhati dari jauh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul. Lelaki itu tidak banyak bicara. Namun, tatapan matanya penuh rahsia. Langkahnya sentiasa ada di mana-mana, seakan-akan bayang-bayang yang setia mengekori. "And who is he?" "Dar." Dar? Siapa lelaki itu? Mengapa setiap kali Ayra di dalam waktu kesukaran, dia tetap ada? Adakah dia penyelamat... atau sekadar pemerhati dalam kisah hidup Ayra yang semakin kelam? Dan yang paling penting, apakah rahsia yang dia sembunyikan? Adakah pertemuannya dirancang atau sebaliknya? Siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Dar? Dan adakah dia mampu untuk bahagia? ⚠️Maaf kalau banyak kesalahan tatabahasa, saya budak baru belajar ⚠️No copied ⚠️2 pengarang dalam 1 cerita ⚠️Banyak typo this is second account, from TUNKU'S STORY. Please, support us, thank you! Jangan lupa vote jugaa, thank youu!!
Inara Amanda | C by ainelaaa
56 parts Complete
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
SAAT KASIH BERSEMI by Damya_Hanna
18 parts Complete
NUR DHUHA tidak pernah mengharap derita sepanjang hidupnya. Namun telah ditentukan nasibnya sering dirundung malang. Mahu atau tidak, kehidupannya perlu diharungi demi mencari secebis kebahagiaan. Berbeza dengan Syamir yang hidupnya disaluti kemewahan. Dia yakin semua akan tunduk pada telunjuknya. Cuma Nur Dhuha satu-satunya insan di muka bumi yang tidak peduli pada statusnya menyebabkan dia tegar memburu gadis itu. Dendam Syamir terhadap Nur Dhuha begitu mendalam walau episod duka mereka sudah berlalu bertahun lamanya. Sungguh, dia belum puas menyeksa gadis itu. Pertemuan semula dua musuh tradisi menyebabkan Nur Dhuha hilang arah. Mental dan fizikalnya didera seakan dia tidak layak menikmati hidup ini. Pun begitu, bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang digores lelaki itu berulang kali dirawat sendiri. Tetapi tahap kesabarannya ada batasan. Lantaran itu, Nur Dhuha cuba mencari kebebasan demi meraih ketenangan yang hakiki. Setelah Nur Dhuha pergi membawa diri, keegoan Syamir bagai diragut. Benarlah kata pepatah, benci tandanya sayang. Betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai bila kita kehilangannya. Hari demi hari, Syamir mula mengesan perubahan dirinya. Nur Dhuha menjadi punca hatinya goyah dan rapuh. Rupa-rupanya ada kasih yang datang bersemi tanpa disedari. Lantas Syamir nekad menjadi pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah ruang untuk Nur Dhuha mengecap bahagia biarpun dirinya sering kali dilimpahi derita?
TULIP KEJORA | R by nisaamuttalib
20 parts Ongoing Mature
Setiap cerita pasti ada bahagiannya. Namun bagi Tulip Kejora, dia tidak tahu pengakhiran kisah dia bagaimana. Bahagiakah? Atau tetap sama. Dikala orang lain mengecapi bahagia, dia pula penuh dengan derita. Mahligai yang dibina tidak seindah mana-mana cerita. Padanya, ceritanya sangat meruntuh hati, penuh dengan kepalsuan dan penderitaan. Setiap hari-dia hanya menerima penyiksaan. Seluruh tubuhnya menjadi bahan punching bag seseorang yang bergelar suami. Bukan melindungi malah menyakiti. Tulip Kejora tetap kuat demi sang buah hatinya-Yusof. Faleeq Zakwan lelaki yang sepatut melindungi, tetapi mengkhiati takdir cinta. Mengkhianti ikrar perkahwinan yang terbina. "Sampai bila-bila pun kau tetap bawah tapak kaki aku, Kejora! Kau takkan pernah dapat lari dari aku!" - Faleeq Zakwan. "Apa salah saya pada awak, Faleeq? Tak terdetik ke hati awak simpati pada saya?" - Tulip Kejora. Dalam badai, hadir sosok seseorang menghulurkan tangan. Tetapi sudah terlanjur sakit. Tulip Kejora takut ingin menerima huluran itu. "Percaya dekat aku. Sejahat-jahat masa lalu aku, aku tak pernah naik tangan pada seseorang bergelar wanita. Aku takkan sesekali sakitkan orang yang aku sayang. Itu sumpah aku! Kalau aku sakitkan kau, kau boleh ambil pisau dan bunuh aku , Tulip." - Fahmi. Dia datang dikala Tulip Kejora mencari pelindungan. Namun, perlahan-lahan rahsia yang tersimpan terungkap. Tulip Kejora sedar seseorang yang selama ini melindungi dia adalah sosok di masa lalunya. "Maafkan abang, Tulip. Abang terlambat menjaga bunga abang. Abang terlambat hingga membuatkan bunga abang perlahan-lahan layu...rapuh tanpa warna..." "Kenapa? Kenapa sekarang awak muncul setahun bertahun saya tunggu janji awak..." - Tulip Kejora. Kala bahagia mendatang, badai tetap mengejar setiap langkah Tulip. Seakan-akan terus membayanginya. Membuatkan Tulip Kejora sedar-diakhir ceritanya tetap sama. Tiada yang berubah. Doanya hanya satu-dia inginkan pengakhiran yang bahagia.
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
33 parts Complete
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
80 parts Complete
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
You may also like
Slide 1 of 9
PENAKLUK CINTA ENCIK DUDA cover
TUNKU'S SENORITA [slow update] cover
Inara Amanda | C cover
SAAT KASIH BERSEMI cover
Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta cover
Janji Untuk Selamanya cover
TULIP KEJORA | R cover
Adakah Masih Ada Kita (Completed) cover
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] cover

PENAKLUK CINTA ENCIK DUDA

10 parts Complete Mature

BLURB Tunggang-langgang hidup Lara sebaik bergelar setiausaha Fateh a.k.a duda playboy di Merak Megah Holding Berhad. Sudahlah lelaki itu keras kepala, kurang ajar pula orangnya. Budi bahasa? Huh. Memang tak ada! Bagi Fateh pula, Lara pembawa musibah. Gadis itu berlagak seperti bayang-bayangnya. Hampir setiap masa ada di sisi. Rimas? Tersangat-sangat! Ditambah tingkah selamba dan tak tahu malu Lara, Fateh rasa dunianya gelap serta-merta! "Eii... kalaulah saya tahu nak jadi semua ni, mati hidup balik pun saya tak terimalah tawaran gila ni!" - Lara "Padanlah dengan muka kau. Kau nak sangat jaga aku, kan? Hah, lepas ni kau jagalah aku siang malam!" - Fateh Salah faham mengikat kedua-duanya dalam perkahwinan. Lara tak rela. Fateh pula gembira. Sangkanya, inilah masa dia dapat membalas dendam. Tak sedar hati dah berbunga cinta dalam diam. "Jadi inilah sebabnya kau hadir dalam hidup aku? Hanya untuk musnahkan semuanya, begitu?" - Fateh "Kalau itu yang awak fikir, anggap sajalah jawapannya ya." - Lara Mengamuk Fateh saat rahsia sebenar Lara terbongkar. Bertambah sakit hatinya bila sedar. Lara punya matlamatnya sendiri. Tak nak mengaku kalah, Fateh merancang misi. Gadis itu harus jadi miliknya. Mutlak! "You will be mine, Lara. Forever. Either by hook or by crook!"- Fateh "Buatlah apa yang awak nak buat Fateh. Saya takkan kisah sebab saya tahu, awak takkan dapat halang saya."- Lara Mulut saja kata tak kisah, sebetulnya Lara tak senang hati. Benar hatinya tiada cinta, tapi selama mana dia dapat bertahan bila terus-terusan digoda? Antara impian diri dan cinta encik duda, mana satu yang harus dia pilih? Fateh sendiri, tegakah melepaskan Lara pergi saat dia yakin, cintanya memang benar-benar sudah ditakluki?