Allah sebaik-baik perancang...
Dia, Efyana hanyalah seorang wanita yang hidup sebatang kera. Ditinggal keluarga sewaktu umur tiga belas tahun. Kini, menginjak usia dua puluh lapan tahun dan sudah mempunyai kerjaya sebagai seorang pereka fesyen.
Hidupnya ceria namun dalamannya hanya dia dan Tuhan sahaja tahu. Sikap dan ayat yang terpacul dari mulut bekas tunangnya sendiri, Raffiq suatu masa dulu bagaikan racun yang sentiasa mengalir di pembuluh darahnya.
Tapi entah mengapa, Raffiq masih lagi mengejar dirinya setelah sekian lama memegang status bekas tunangnya. Efyana sudah bagi semuanya, tapi Raffiq sendiri runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata. Dia sudah tiada hati dengan Raffiq. Tiada!
Hingga Efias ada. Lelaki yang seakan datang mengetuk pintu hatinya tanpa sengaja. Mengubah kesedihan perih menjadi kebahagiaan yang luhur. Lelaki yang begitu pandai berhujah. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti berisi dan penuh makna. Kerana itu, Efyana mula menyukainya.
"Jangan sedih, saya ada."- Efias
Efias itu bermulut manis, berhati hangat. Efyana tidak mahu melepaskannya namun apa kata takdir Tuhan, semuanya bagai punah tatkala dia kembali menjadi milik Raffiq.
Kerana satu kejadian, dia bertindak melulu untuk mengakhiri hubungannya dengan Efias. Tanpa bukti yang kukuh. Ditambah lagi hasutan Fasya. Suara sumbang Raffiq, kekuatannya kian merosot.
"Kalau ini keputusan awak, saya takkan paksa. Saya ikhlas. Tapi janji dengan saya, awak akan selalu bahagia. Biarpun bukan dengan saya lagi."- Efias
Dia sendiri yang menjerumuskan dirinya ke dalam jurang yang terdalam. Dia yang nekad. Dia yang mahu meninggalkan Efias, tetapi kenapa hatinya tidak mampu untuk menerima?
Ini bukan tentang penyesalan tapi tentang pilihan!
Bahagia itu ada pada hati yang reda. Jika memang Efias bukan tercipta untuknya, maka dia akan mengikhlaskan semuanya.
Kerana dia yakin, Allah pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada jiwa yang ikhlas dan sabar. Pasti!
Start: 3/2
[Book 2]
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan.
Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya.
Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba.
Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat.
Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan.
"Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel
"Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia
Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan.
Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit.
-
Start: 26 Disember 2024
End: -