Gelaran usahawan berjaya pada usia muda membuatkan Linda Othman banyak menjadi role model kepada anak muda yang lain. Empayar L.O nya yang merata diseluruh dunia bukanlah nama asing dalam industri fesyen terkini. Kesibukan wanita berusia 25 tahun itu membuatkan dia terkadang lupa untuk berfikir tentang perkahwinan, ditambah pula dengan belum ada seorang pun yang berjaya menambat hati CEO L.O brand itu. Pensyarah yang kacak dan budiman serta bijak. Cukup ayat itu untuk menggambarkan sosok Darren Hariri. Seorang pensyarah di salah sebuah universiti yang hebat di Malaysia. University of Liberty atau nama glamournya Liberty University. Sesiapa sahaja yang menatap matanya pasti bergetar tulang rusuk. Namun sikapnya yang dingin dan workaholic membuatkan ramai yang kecewa kerana ditolak. Kedua mereka ditemukan oleh takdir. Bukan kali pertama bahkan buat kali kedua. Mampukah kedua mereka terlepas dari genggaman ketakutan kerana sejarah lampau? Setelah 9 tahun, perkara tersebut kembali menghantui mereka disaat mereka merasakan keadaan sudah kembali seperti biasa dan mereka boleh kembali bersama semula.
Más detalles