92 parts Complete Dua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja.
Danish jatuh hati pada seorang gadis cantik di sekolahnya iaitu Nisha. Mereka bercinta selama 3 tahun dan merancang untuk berkahwin walaupun usia mereka masih muda. Tetapi bila tiba hari perkahwinan mereka, terjadi sesuatu iaitu pengantin perempuan lari.
Mereka terpaksa mencari pengganti untuk menyelamatkan majlis itu dan hanya Nurul sahaja calon yang sesuai untuk menggantikan Nisha. Walaupun hatinya tidak rela, tapi Nurul terpaksa terima kerana keluarganya.
"Biarlah aku nak suap kau. Akukan suami kau...takkan suami sendiri tak boleh nak suap isteri dia." - Danish Rayyan
"For your information, encik Danish Rayyan...awak tu cuma suami atas kertas je." - Nurul Nafisa
Walaupun kedua-duanya tidak suka dengan perkahwinan ini, tetapi mereka terpaksa hidup berdua dan cuba mengenali hati masing-masing. Apabila mereka hampir mengecapi bahagia, muncul orang ketiga.
"Danish, please maafkan Nisha. Nisha ada sebab kenapa Nisha terpaksa tinggalkan wedding kita dulu." -Danisha Aulia
Adakah kebahagiaan Danish bersama Nurul atau bersama kekasihnya yang dahulu? Bagaimana dengan perasaan Nurul yang sudah terisi dengan nama lelaki itu? Adakah dia tetap milik kepada Danish Rayyan dan tetap menjadi Mrs. Danish Rayyan?