12 parts Ongoing Razaleigh Shah, pemuda tampan yang bekerjaya. Razaleigh Shah dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai sifat peramah dan penyayang. Dengan sifatnya itulah ramai wanita yang bertemu dengannya akan terus jatuh hati namun hanya satu wanita sahaja yang berjaya bertahta didalam hati, Elisya Merlissa. Gadis yang dianggap beruntung oleh gadis yang lain kerana mendapatkan seorang Razaleigh Shah. Namun siapa sangka, dengan sifat peramah dan penyayang seorang Razaleigh, tersimpan perasaan benci teramat kepada wanita yang baginya kerana wanita itulah penyebab neneknya tidak menyukai kekasih hatinya itu.
Qaisara Mailana, wanita cantik bertudung. Memandangkan dia sangat suka kepada mawar, dia membuka kedai bunga. Qaisara Mailana dikenal seorang yang periang dan pandai mengambil hati sesiapa sahaja. Tapi hidupnya mulai hampa apabila ditakdirkan bertemu dengan lelaki yang begitu membencinya.
"Kalau awak tak nak teruskan perkahwinan ni, awak masih ada masa untuk undur diri." -Qaisara Mailana
"Kau tahukan yang aku takkan mampu menolak keinginan nenda termasuk dengan perkahwinan ni, jadi aku akan teruskan perkahwinan ni tapi kau kena lekatkan dalam kepala kau yang perkahwinan ni takkan didirikan atas sebab cinta, tapi didirikan atas sebab dendam. Aku akan pastikan perkahwinan ni akan menyeksa zahir dan batin kau." -Razaleigh Shah
Tapi, mereka dipertemukan kembali.
"Qaisara..." -Razaleigh Shah
"Tolong, jauhkan diri awak dari saya." -Qaisara Mailana
"Saya adalah perempuan jijik yang awak hindarkan dulu Raza. -Qaisara Mailana
Bagaimana dengan takdir mereka berdua untuk kali kedua ini? Adakah akan berakhir bahagia atau Qaisara, akan mengalami kekecewaan lagi?
start : 5 JULAI 2024
end : -