Aulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi.
Hadirnya seorang jejaka yang sanggup mendermakan darahnya kepada gadis tersebut. "Ouhh saya Ershad Hazree kawan dia masa zaman sekolah dulu," senyuman masih terukir di wajahnya.
Baru sahaja dua minggu Natasha dikeluarkan,tiba-tiba dia dapat berita yang dia akan bertunang pada hari ini.Kejutan betol!
"Ya Allah siapa pula cicak yang masuk minang ni?Dah lah batang hidung dia pon aku tak nampak takkan dengan pak cik ni kot Pak Ngah nak jodohkan aku.Alahhhh apa ni?" -Natasha
Dua bulan setelah pertunangan mereka,kini tibalah hari perkahwinan mereka.Natasha berasa sedikit teruja dengan hari ini kerana sepanjang pertunangan dia tidak pernah melihat wajah tunangnya itu jadi,inilah kali pertama buat dirinya menghadap bakal 𝐸𝑛𝑐𝑖𝑘 𝐽𝑜𝑑𝑜ℎ.
Sungguh terkejut dia melihat jejaka yang sedang bersalaman dengan bapa saudaranya sekarang.
"Mamat gangster tu jadi laki aku biar betik bin peyape!" -Natasha.
Namun bagi Ershad,perkahwinan ini hanyalah satu titik langkahnya yang pertama untuk membalas dendam kepada gadis itu.Setiap hari gadis itu hanyalah dilayan seperti hamba dan bukan seperti selayaknya isteri yang dapat layanan lembut suami.
Dek kerana dia tidak tahan hidup diseksa,Natasha mengambil keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di London. Di sana pula hadirlah seorang lagi jejaka,Ahmed Derya Ankarian yang telah menjaga dan mencintai dirinya seperti selayaknya wanita lain.
Selama lima tahun dia menghilangkan diri namun Ershad tetap tidak munculkan diri sehinggalah hari ini barulah muncul batang hidungnya.
"Kenapa kau tinggalkan aku? 5 tahun aku merana rindukan kau my cherry.Please give me a second chance,Cherry." -Ershad
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi