SERANGAN yang berlaku telah mempertemukan Victoria Whitlock dengan seorang lelaki asing. Dia mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan lelaki itu biarpun mereka baru bertemu. SEPATUTNYA seorang gadis itu dilindungi oleh lelaki, bukan gadis yang melindungi seorang lelaki. Agak terbalik. Tetapi Victoria Whitlock tidak kisah kerana dia mempunyai kehebatan dalam bertarung. Dan lelaki itu kelihatan seperti seorang lelaki yang lemah di matanya. SEORANG puteri yang menjadi kesatria dan melindungi sang putera. Boleh dikatakan seperti itulah yang terjadi kepada Victoria Whitlock dan lelaki itu. AGAK sukar untuk Victoria Whitlock mempercayai pengakuan Farzean buat pertama kalinya sebagai seorang pengemis. Itu kerana Farzean mempunyai rupa paras kacukan yang kacak walaupun penampilannya agak selekeh.Namun Victoria Whitlock mulai mempercayai pengakuan itu setelah mendapat beberapa bukti. RAMBUT berwarna blonde yang panjang separas bahu. Baju dan seluar yang koyak-koyak serta lusuh. Itulah penampilannya. Tidak sepadan dengan muka kacak yang dimiliki. Tidak. Tidak! Victoria Whitlock tekad membawa Farzean bersamanya dan mengubah penampilan jejaka itu. "DUNIA gelap? Dunia gelap tu apa? Waktu malam ke? " -FARZEAN- DISANGKAKAN lelaki itu mempunyai pemikiran yang dalam. Ternyata seorang lelaki polos! Kelu lidah Victoria Whitlock. Kepolosan jelas terlakar di muka Farzean. Entah bagaimana dia hendak menjelaskan nya kepada lelaki itu. "YOU shouldn't know about the dark world. You will regret if you knew what it is. " -VICTORIA WHITLOCK- HATINYA tercuit oleh kelakuan lelaki itu. Gentleman dan sentiasa dengan senyuman manisnya itu. NAMUN benarkah Farzean memang seorang lelaki yang polos? Benar-benar seorang pengemis? Atau pun hanya kepura-puraan? "WELCOME to my hell, mon amore." -ANDREZ DE FRANCELL- He's not an Prince Charming but a Cruel King. PENGKHIANATAN yang dilalui amat menyakitkan. Hati yang diberi, racun yang di dapati. Ketulusan dibalas dengan penderitaan.All Rights Reserved