﷽
𝑩𝒐𝒐𝒌 𝑰𝑰 𝒐𝒇 𝑩𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔
𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒘𝒊𝒕𝒉 @𝒊𝒄𝒉𝒂𝒍𝒎𝒉
Beberapa tahun berlalu, kisah mereka yang belum dimulakan sudah terhenti. Awan juga sudah lelah meneka hati dan perasaan dua jiwa ini. Ada permulaan yang belum bertemu pengakhiran.
Dan, ada beberapa soalan yang masih belum terjawab. Mungkin, masa yang akan menentukan apabila dua insan ini bersatu.
Ada jiwa-jiwa yang masih belum pulih, ada jiwa yang masih belum mengenal bahagia. Jadi, kisah ini masih belum berakhir dengan lekas.
Di bumi Kemboja, ada dua pasang mata yang kembali berlabuh pada hati yang tepat atas aturan Ilahi. Siapa sangka di misi kemanusiaan itu, Tuhan mengizinkan mereka bertemu?
"It's nice seeing you laugh. Lagi-lagi bila saya penyebabnya." - Wafdan Imdad.
"Awak sihat ke tidak ni?" - Wafiyyah Ilhami.
Siapa sangka juga salah seorang di antara mereka mula menyedari perasannya? Ya, kerana yang Di Atas Sana maha membolak-balikkan hati serta perasaan mereka.
Cuma untuk membina rumah ia memerlukan dua hati yang kukuh, supaya di lain hari rumah itu tidak akan roboh. Sehingga nanti badai menghentam, mampukah mereka bersabar dengan canda gurauan kehidupan? Wahai semesta, jiwa-jiwa ini layak mendapat bahagia.
"Untuk seribu tahun pun lagi, mampukah awak bersabar dengan kita?" - Wafdan Imdad.
p/s ; ini merupakan kisah sambungan buku Bittertruth, sila baca buku satu dulu untuk mengelakkan sebarang kecelaruan.
"If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/user/haniswrite. Thank you."
FEB 2022
@haniswrite
@ichalmh
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke?
Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never!
Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati.
Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya.
"Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif
Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju.
"Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif
Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya.
"Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha