Adawiyah Aludra, seorang gadis 20 an yang sedang menunggu kemasukan ke universiti. Dia diambil bekerja sebagai 'babysitter' kepada seorang jejaka kacak yang buta. Padanya, Mohd Naufal bukan sahaja buta penglihatan tetapi juga buta hati! Buta perut! Langsung tidak berperasaan.
''Oo ya? Kalau macam tu you tahu kan penjaga-penjaga I sebelum ni semuanya tak sampai sebulan dah berhenti. How about you? Kalau you perlukan duit. Tell me how much you want. Tak silap my mom paid you RM2000 right? I can pay you double so you can go.'' - Mohd Naufal
''I will make it. You will be with me for the next five months. Suka atau tak, you are mine Encik Naufal.'' - Adawiyah Aludra
Mohd Naufal Anaqi bin Dato' Izzuddin Saifullah, seorang jejaka dan playboy yang memiliki segalanya. Kemalangan dua tahun yang lepas telah meragut nikmat kedua belah penglihatannya. Hidupnya terasa musnah. Dia mengasingkan diri dan menjadi dingin dengan dunia luar. Si gadis yang sentiasa optimis dan ceria telah mencairkan hati beku Mohd Naufal. Hari demi hari dia menanti kehadiran si gadis itu. Perasaan cinta Mohd Naufal tidak berani diungkap dan luahan cinta si gadis ditolak atas sebab kekurangan dirinya. Perasaan yang tidak dapat dibendung lagi dan cemburu melihat jejaka lain mendekati si gadis, Mohd Naufal menerima cinta si gadis itu.
''I hate to see you with other guys even I can't see it, I can feel it. It hurts here.'' -Mohd Naufal
'Kalau macam tu, be my boyfriend and you will be my only guy.'- Adawiyah Aludra
Dua tahun kemudian, Mohd Naufal kembali dan bangkit menjadi seseorang yang baru. Dia kembali mengejar cinta Adawiyah Aludra. Namun, kekecewaan dulu masih tersisa di hati Adawiyah Aludra.
''Aludra means a star. Jarak Aludra dengan bumi sejauh 3196 juta tahun cahaya. One day it will became Supernova. So, I don't care if you make me wait again. Because one fine day, I know it's worth it.'' - Mohd Naufal
'Awak memang buta Naufal.' -Adawiyah Aludra
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi