Hendriyan | Darlina Maisarah "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah mata awak. Biar saya yang jadi cahaya untuk terangkan kehidupan awak yang gelap tu. Okey?" - DARLINA Suara lembut Darlina menenangkan jiwanya. Telatah gadis itu menghiburkan hatinya yang lara. Selepas kemalangan tersebut, tiada senyuman terukir di bibirnya. Namun siapa sangka, kehadiran Darlina telah mengubah segala-galanya. Tapi Hendriyan tidak mempercayai Darlina sepenuhnya. Apa tidak, muka Darlina pun dia tidak tahu macam mana. Kenal hanya melalui suara dan perangainya sahaja. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Tuhan perancang yang terbaik. Mereka disatukan dalam ikatan suami isteri yang sah. Meskipun sukar untuk Hendriyan menerima hakikat, namun dia tetap berhati-hati dalam perhubungan dia dan Darlina. Dia takut andai dia jatuh hati pada Darlina. Bagaimana kelak Darlina akan pergi meninggalkan dia di saat hatinya sudah terpaut pada Darlina? .... Hari demi hari berlalu. Akhirnya Hendriyan melakukan pembedahan mata. Akan tetapi, pada ketika itulah konflik melanda rumah tangga mereka. "Aku cakap keluar! Keluarlah! Aku tak nak tengok muka kau!" - HENDRIYAN Keinginan Hendriyan dituruti. Darlina pergi dengan hati yang retak. Air mata menjadi peneman. Kebenaran terbongkar jua. Kerana rasa cinta dan tanggungjawab, Hendriyan nekad mencari isterinya meskipun dia tidak tahu bagaimana rupa isterinya itu. Keluarganya tidak beri kerjasama. Langsung tak bagi Hendriyan tengok gambar nikah dia dan Darlina. "Baliklah, sayang. Abang perlukan sayang." Cover by me @ flwershaee © flwershaee, 2024