Tuhan menciptakan rasa bosan hanya untuk menguji sejauh mana kesetiaan, bukan untuk menjadikan itu sebab mengapa adanya kecurangan. Sudah berkali-kali dia mengecewakanku namun aku tetap mempercayainya dan memberikannya peluang untuk berubah.Kesabaranku makin menipis. Kesetiaanku juga semakin dicabar. Nampaknya tiada nokta pada kecurangannya lantas aku mengambil keputusan untuk melangkah pergi kerana hatiku sudah cukup disakiti olehnya. Sekali cinta, sukar untuk berpaling pada yang lain. Baik atau buruk lelaki tercinta, tetap dipandang sebelah mata demi ingin berada di sisi lelaki itu. Ada yang berani, pasti melangkah pergi. Yang takut untuk melepaskan, terus statik walau diri dilayan seperti kain buruk. Tiada baris kata yang dapat ku lafazkan untuk menggambarkan erti pengorbananku. Aku yang telah hanyut dibuai rasa cintaku sehingga aku sanggup mengorbankan kebahagiaanku sendiri demi orang yang dicintai. Hilanglah sudah madah-madah cinta yang terindah. Apa gunanya bermadah jika ada kebohongan yang diselitkan? Apa gunanya sedekat kemarin jika akhirnya akan seasing ini? Jangan pernah mencintai seseorang dengan terlalu dalam kecuali kamu tahu bahawa dia mencintai kamu dengan sama dalamnya kerana jika tidak, kedalaman cintamu itu hanya akan bertukar menjadi kedalaman lukamu nanti. aku rindu, tapi jangan kembali. karena kembalimu hanya akan menyakiti ku, bukan menyembuhkan ku. Aku lelah. Kini bersamamu hanyalah menjadi sebuah angan, kerana diriku telah merasakan kehilangan. Menjalani hari tanpa arah kerana telah kehilangan sosok yang selalu menenangkan amarah. Tuhan memang adil, dia telah memberikan kesempatan seseorang untuk hadir namun tidak menjadikannya takdir.