Dia perlu bergegas ke Amerika malam itu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Malam ketika sibuk bersaing dengan masa, alam seolah menghukumnya apabila tidak sengaja bertembung dengan satu kejadian di dalam gudang yang terbiar. Seorang gadis hampir diperkosa oleh beberapa orang lelaki, menyebabkan dia campur tangan.
"Tutup badan kau tu..." Aku tundukkan muka daripada melihat apa yang terdedah. Mata tertancap pada satu helai kain, lantas ku hulurkan setelah dicapai. Aku percaya itu punya dia.
"Nah, sarung tudung kau."
Aku sangkakan dia gadis yang bertudung litup dengan menyarungkan kain menutupi mahkota kepalanya, ternyata bukan. Ternyata dia...
______
"Apa yang awak beri?"
"Aku bukan orang jahat, tu barang diorang. Diorang tunggu aku bagi barang tu malam ni, tapi aku lewat sikit sebab ada hal tak mampu aku elak."
"-Awak lewat, dan sebab terlalu lama menunggu jadi diorang ganggu saya sewaktu saya lalu depan gudang tu."
"-Tapi aku tak biarkan kau diapa-apakan. Kau pun tahu aku selamatkan kau."
"Bukan, it's not you who saved me but The Lord. He listen to my prayers, He sent me you."
-𝐀𝐑𝐄𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐄
_______
Bumi Amerika menerima dia dengan tangan terbuka, tapi hatinya masih mahu pulang dan duduk di negara asalnya. Amerika hanya tempat berteduh sementara, bawa dia pulang akhirnya. Setelah dua tahun, pertemuan dengan wajah jelita Aren dan mata hazel yang pernah menyelamatkannya dulu, bersua kembali di bawah langit yang bersaksi.
"Apa khabar kau?"
-𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐒𝐘𝐀𝐑
5 tahun sudah berlalu..
Aylie dan Arrian masing-masing dengan laluan sendiri. Seorang di Malaysia, seorang di Sweden. Kalau di luaran, mereka seperti biasa. Tapi siapa tahu di hati, mereka sangat merindui satu sama lain.
Namun, kedua-duanya ego. Kata-kata yang telah dimeterai sebelum mereka berpisah menjadi pegangan.
"Our family come first."
Cinta diketepikan, keluarga diutamakan. Demi maruah HarSha, mereka sanggup mengorbankan rasa cinta demi keluarga.
"Our feelings is not important."
••••••
Kini, 5 tahun sudah berlalu. Saat mereka bersua buat pertama kali, masing-masing jelas terkedu.
"Kau tengok aku kenapa?"
"Siapa tengok kau? Kau ingat kau handsome sangat?"
"Amboi, mulut kau makin teruk eh sejak aku pergi Sweden."
"Makin teruk? Mana kau tau mulut aku makin teruk?"
Arrian berjalan mendekati Aylie membuatkan Aylie makin ke belakang sehingga badannya tersandar pada dinding. Arrian mengepung Aylie. Kedua-dua tangannya diletakkan di tepi kepala Aylie. Mata biru milik seorang Natasha dan mata kelabu milik seorang Harris saling bertentang.
"I miss you so much, Tengku Aylie Natasha."
Keluar luahan rindu dari bibir seorang Tengku Arrian Harris. Mukanya ditundukkan. Aylie terdiam.
"I miss you too." Kata-kata itu hanya mampu dibalas di hatinya.
"Please let your feelings go, Arrian. Aku tak nak kita terus menderita dalam keadaan ini. Kau dah janji dengan aku untuk lupakan semua ni untuk keluarga kita."
"But I can't."
Aylie memandangnya. Tangan Arrian dicapainya. Cincin di jari Arrian dipandang dan diusap. Arrian memandang perbuatan Aylie.
"Me too as well. But we have to try."
"Kalau tak boleh juga?"
"I know you can."
"But you can't!"
••••••
Bagaimanakah perjalanan mereka dalam menempuh segala dugaan untuk mengecapi kebahagiaan? Atau adakah mereka tidak akan ditakdirkan untuk bersama? All in The Heirs's Destiny.
"We didn't know our destiny."