𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐇𝐀𝐈𝐋&𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐑𝐎𝐒𝐄 Sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar cinta mula retak apabila hadirnya seseorang yang mengubah segalanya. "Aku terima nikahnya Ain Tasnim dengan mas kahwinnya LIMA RATUS Ringgit Tunai." -Aiden Mikhail Ayat yang sepatutnya menjadi kebahagiaan buat seorang isteri, bertukar menjadi luka paling dalam buat Ariana Rose. "Baby, thank you sebab sudi kahwin dengan I walaupun you jadikan I isteri kedua you." -Ain Tasnim Ariana tak pernah menyangka lelaki yang pernah berjanji untuk mencintainya seumur hidup sanggup memberikan hati yang sama kepada wanita lain. "Awak tipu saya, Aiden. Setelah saya beri sepenuhnya cinta saya kepada awak, awak duakan saya. Awak khianati kepercayaan saya... cerai kan saya." -Ariana Rose Tetapi Aiden tetap dengan egonya. "Aku tak akan ceraikan kau, Ariana. Jangan pernah bermimpi untuk lepas daripada aku. Kau minta cerai macam mana sekali pun, aku takkan lepaskan kau. Ingat ayat aku... aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila." -Aiden Mikhail Perkahwinan Aiden Tasnim yang bermula dengan sebuah pengkhianatan akhirnya terbongkar apabila kebenaran permainan kotor di sebaliknya mula terungkap. Dengan bantuan abang Ariana Syafiq mereka berusaha menyelamatkan kembali rumah tangga yang hampir musnah luka yang telah tercipta bukan mudah untuk disembuhkan. Adakah Ariana masih mampu membuka kembali hatinya untuk lelaki yang pernah menghancurkan kepercayaannya? Atau cinta mereka akan berakhir sebagai kenangan yang menyakitkan? Kerana kadang-kadang cinta yang paling kuat adalah cinta yang mampu bertahan selepas dihancurkan. Dan selepas hujan pasti akan hadir pelangi kerana setiap yang berlaku. ada hikmahnya.. GENRE :Romance Start: 23.6.2023 End: 15.2.2024 Status: Complete✔️
Mehr Details