IRSYAD HAIL • AFEEFA IRENE Hidup ini tidak sentiasa indah,ibarat roda yang sentiasa berpusing,itulah kehidupan,ada masa di atas ada juga dibawah. IRSYAD HAIL-Seorang lelaki yang penuh dengan sikap tidak putus asa dan dedikasi,cakap je apa kerja yang dia tak pernah buat,semua pernah,jual burger ? Jual air tepi jalan ? Meniaga kecil kecilan ? Hidup susah seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang ? Semua itu dia pernah lalui,dengan berkat kesabaran dia mampu mendirikan sebuah syarikat dengan hasil titik peluh sendiri.Terlalu banyak cabaran suka duka dilalui sehingga dia mampu membeli sesuatu tanpa melihat harga.Manusia dah senang baru nak datang,itulah lumrah kehidupan,orang atasan disanjung bagaikan raja,orang bawahan dianggap hina,mentaliti sampah."Aku akan pastikan sampah akan dapat layanan seperti "sampah".Itulah dia 'HAIL'. AFEEFA IRENE-Terkenal dengan sikap jujur dan tulus sehingga mudah ditipu dengan orang sekeliling,tetapi siapa sangka seorang gadis yang kecil molek ni mempunyai jiwa yang sangat kental.Tetap berbuat baik walau sentiasa dibuli sehinggalah suatu hari bertemu dengan seseorang yang tidak diketahui nama namun digelar sebagai "H". H ? •Don't say sorry to me , it's my job to make you feel happy• -Your author,aisy