Cosette, cik muda Castello, cucu perempuan kepada Duke Castello, dia terkenal akan kecantikannya dan kebijaksanaannya. Dia adalah seorang wanita yang dibesarkan dengan kemewahan dan kesenangan bagaikan seorang puteri.
Namun itu selepas umurnya mencecah usia lapan tahun. Apa yang berlaku kepadanya sebelum umurnya sembilan tahun...? Itu ialah satu rahsia. Malah dirinya sendiri pun tidak seberapa mengingatinya.
Walaupun begitu, pada waktu dia menjejakkan kaki di kuil dan berdoa, segalanya berubah. Masa lalu yang kian dilupakan, datang menerjah dirinya seolah-olah dia begitu diperlukan. Perpisahan yang berlangsung selama sebelas tahun, akankah dipertemukan kembali dengan aman? Adakah nasib empayar mereka dan negara lain akan kekal selamat dengan adanya para pengkhianat dan pemberontak? Namun yang lebih penting, siapakah musuh mereka yang sebenarnya?
Oleh itu, Cosette perlu lakukan sesuatu sebelum perkara menjadi lebih teruk. Bermula dengan mencari tahu kisah lampaunya.