Magnolia

Magnolia

  • WpView
    Reads 251
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Nov 11, 2025
WpInfo
Fanfic
TOMORROW X TOGETHER (TXT)
Aku Bahiyyih. Hidup dua batang kara dengan seorang abang kadang tu buat aku stres. Stres gila woo. Perangai dia macam pakcik pakcik betul! Selain suka gosip, suka membebel pun ya juga. Nampak aje macho penampilan tu. Sekali balik rumah. Pehh. Bakal kakak ipar aku, boleh dah standby mental. Sebab dari segi fizikal, tak terbeban sangat pun, selama dengan aku lah. Dia gentle. Gentle nak mampos. Sumpah. ''Bang, sakit kaki.'' Macam biasalah, seorang Bahiyyih bila jadi munafik tu memang semua benda nak sakit. Masa dekat event tadi, sakit perut sebab senak gila pakai bengkung. Ini sakit kaki pula dah pakai heels kan. Dari tadi tak berhenti jalan. ''Sakit sangat ke?'' Soalnya risau. Laju aku mengangguk. Mata dikerdipkan meminta simpati. Tanpa aba-aba, dia mencangkung di depan. Aku ingatkan dia nak tukar heels ni dengan kasut ke kan. Ceh Bahiyyih. Kau dah suruh dia pegang handbag, kau nak bebankan dia lagi dengan pakai heels? Terus aku naik belakang dia. Tangan di pautkan pada leher. Kedua belah kaki aku dipegang kejap oleh abang sebelum dia bangun dari mencangkung dan membuka langkah ke hadapan. Kepala aku lentokkan pada lehernya. ''Tak berat ke bang?'' Soal aku. Dia melekuk senyuman manis. Dapat aku lihat dua dimplesnya yang comel menghiasi kiri dan kanan pipi. ''Setakat kau, apalah sangat.'' Ujarnya. Aku ketawa geli hati. ''Lepasni nak makan banyak-banyak lagi.'' Usikku. ''Makanlah, asalkan kau bahagia dik.'' Hahahahaha. Comel!
All Rights Reserved
#58
siblings
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • [C]Him || L.M.H ✓
  • Bukan Sekadar Cinta
  • Bts Beraya
  • Redha ❣️
  • Pikat Hati Dr Jerk ✓
  • 7. Forever I'm For Yours
  • Seduced by Childish way
  • C| Rayyan's Everything [OLD VER]
  • [C]AISHITERU {THE BOYZ HYUNJAE}✅
  • [COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)

Seorang budak yang berumur 16 tahun tinggal bersama adik kembarnya iaitu Lee Felix dan Lee Daehwi yang baru berumur 10 tahun...terpaksa hidup bersendiri setelah ketiadaan ibu bapanya... Bagi dia adik kembarnya adalah segalanya.Tanpa mereka,tiadalah dia di dunia ini.Dia bersyukur kerana masih memiliki orang yang baik di sekelilingnya. Pelbagai halangan yang harus ditempuhi olehnya.Hanya disebabkan darjat dia dipinggirkan.Dan hanya disebabkan darjat dia dihina serta dicaci Perjumpaan dia bersama seorang budak perempuan banyak mengubah hidup dia.Namun dia memiliki satu phobia kerana kisah silamnya.Adakah perempuan itu boleh bantu dia hilangkan penyakit itu?Mampukah dia harungi pelbagai halangan? Nak tau apa yang berlaku?Sila lh tekan butang read dan jangan lupa vote start:080919 end:151119 Hanyalah rekaan budak upsr. Mental tak kuat jangan baca. Jangan cakap author tak warning.

More details
WpActionLinkContent Guidelines