Bukan terpaksa dan memaksa. Tetapi rela. Ya, Aisyah Humairah rela memeluk lelaki yang dia tak kenali daripada berkahwin dengan jejaka yang dia kenal.
"Sebab kenal lah saya tak nak kahwin dengan dia! Belum ada ikatan yang sah tapi dia dah cuba rogol saya!" - Aisyah Humairah
Tak mahu melepaskan pelukkannya, Aisyah sanggup lakukan apa saja yang lelaki itu minta. Malah, dia sanggup berkahwin dengan lelaki itu kalau itulah saja cara agar dia tidak berkahwin dengan pilihan keluarga ayah saudaranya.
"Be careful with what you say, bella. The words cannot be undone." - Leo André
Ya, Aisyah dah tak peduli. Dia tak sanggup lagi untuk teruskan semuanya. Dia mahukan kebebasan. Dia mahu lari dari keluarganya. Dia tak mahu berada dalam neraka dunia lagi.
"Tolonglah saya, encik. Saya janji saya tak akan susahkan encik." - Aisyah Humairah
Leo bersetuju. Ya, dia akan berkahwin dengan Aisyah. Walaupun tanpa rasa cinta, dia tetap akan berkahwin. Kerana terpaksa, kerana kerelaan Aisyah sendiri dan kerana dia tiada pilihan lain.
"Selepas apa yang jadi, saya harap awak bersedia." - Leo André
Tanpa sedar, Aisyah seakan keluar dari mulut singa dan masuk ke dalam mulut naga. Bahkan, nyawanya lebih terancam.
"Percayakan saya. Saya akan lindungi awak." - Leo André
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi