Irene merupakan seorang gadis yang menginjak dewasa. Bersifat matang. Kaya tetapi hidup bersederhana. Mempunyai sahabat baik bernama Roseanna Aylana. Mereka berdua mempunyai kerjaya masing-masing dan berjaya dalam hidup.
Irene mempunyai kekasih hati bernama Ryan Aazad. Setelah lama bercinta, suatu hari Irene mendapati Aazad curang. Selepas beberapa bulan kemudian, datang semula kawan lelaki lamanya bernama Ray Ayden. Ray memulihkan semula kehidupan Irene seperti dulukala. Mereka semakin rapat.
1 tahun kemudian, ibu bapa Irene memaksa Irene mengahwini seseorang tanpa memberitahu siapakah gerangan lelaki tersebut. Tanpa dia ketahui, lelaki yang dijodohkan dengannya ialah Aazad. Dia datang semula kerana ingin menepati janjinya untuk berkahwin dengan Irene dan menyesal juga ada dalam dirinya.
Ray terpaku selepas mendengar penyataan ini. Tidak lama kemudian Rose dan Ray saling berkenalan. Rose memulihkan hati Ray yang remuk dek kerana berita Irene dah Ray cuba untuk menerima Rose. Ray mula jatuh cinta terhadap Rose dan ingin mengahwininya. Rose juga menerima lamaran Ray.
Persoalannya, bahagiakan kehidupan Irene selepas berkahwin dengan Aazad? Bahagiakah Ray apabila hidup bersama Rose selama-lamanya?