⚠️ Slow update 🥀 ⚠️ previous: An Abandoned Crown Princess "Who are you ?" Ini kisah aku, beradu di dunia lain bangkit di dunia lain. Aku sangka aku sudah mati yang bermakna aku tidak lagi punya kesempatan untuk bernafas di dunia ini lagi. Namun, sebaliknya yang berlaku. Di dunia 'realiti' aku hanyalah insan biasa yang tiada harta untuk diwariskan sehingga ketujuh keturunan, jauh sekali memiliki pangkat pangkat kayangan. Sehinggalah kewujudan dunia 'fantasi' ini telah berjaya mengubah gelaran aku ke tahap yang aku sendiri tak pernah jangkakan. "Puteri Mahkota." Mungkin ada yang bakal menjerit histeria mendengarkan hal ini. Tetapi aku hanya mahu kalian tahu, hidup menjadi seorang puteri bukan seindah yang dirakamkan dalam kisah dogeng, jauh sekali secantik kisah barbie. "Pergi mati !" Itulah sambutan yang aku terima di sini daripada seseorang yang sepatutnya mengasihi aku. Dia yang sentiasa berada dalam impianku. Namun, nampaknya kehadiran dia berjaya mengubah impian itu menjadi mimpi buruk yang menyesakkan dan membunuhku dalam keheningan. "I will be waiting for you just like an abandoned house till you comeback and decide to live in me again. Till then, just let me suffer in those pain." ⚠️ Mengandungi angan angan penulis semata mata. Tiada hubungan langsung dengan dunia realiti ini. Maafkan saya sekiranya ianya terlalu hambar :') ⚠️ Read at your own risk.