Ezaniel Ezaqyu

Ezaniel Ezaqyu

  • WpView
    Reads 546
  • WpVote
    Votes 123
  • WpPart
    Parts 15
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Aug 16, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Slice of Life
Dia lelaki yang aneh. Berhati tisu kadangkala, namun matang atau setidaknya dilatih untuk kelihatan matang. Apa sahaja yang dimiliki orang lain, dia juga menginginkannya. Senang kata, dia gemar meniru kehidupan orang sekeliling. Jika orang lain membeli kereta baharu, EZANIEL EZAQYU turut merasai keinginan yang sama. Begitu juga dalam hal yang lebih besar. Apabila sepupu yang membesar bersamanya mula beristeri, rasa iri itu menyelinap masuk ke dalam hatinya. Maka, dia juga mahu seorang isteri. Bukan kerana cinta, tetapi kerana tidak mahu ketinggalan. "Kahwin. Jom. Esok," - Ezaniel Ayat itu terlepas begitu sahaja dari mulutnya, ditujukan kepada wanita itu. Tidak hairanlah dia dianggap gila kerana siapa yang waras melontarkan kata sedemikian tanpa sebarang rasa atau pertimbangan? Menganggap Ezaniel Ezaqyu sebagai lelaki istimewa adalah kesilapan terbesar. Hakikatnya, dia hanyalah seorang lelaki yang dimanjakan keluarga, dibentuk dan dilatih untuk kelihatan matang, tetapi tidak pernah benar-benar diajar memahami erti tanggungjawab. ⚠️‼️: Cerita ini mengandungi beberapa adegan dan penggunaan bahasa yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kepada sesetengah pembaca. Sila baca dengan pertimbangan sendiri. Kebijaksanaan pembaca amat dihargai.
All Rights Reserved
#675
hidup
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KESEMPATAN KEDUA
  • Pelan Cinta #1
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • Until Tomorrow
  • Permission to Fall, Prof!
  • Betrayal (C)
  • Skate To Escape
  • The Fatih's Court
  • Syaqil's Faithful Heart

(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.

More details
WpActionLinkContent Guidelines