Inspektor Ukail Dennis adalah seorang polis berdedikasi yang terkenal dengan ketegasan dan prinsipnya. Namun, di sebalik uniformnya yang sempurna, tersimpan luka lama yang tidak pernah sembuh-kematian ibunya, Rohana, yang disahkan sebagai "kemalangan" 15 tahun lalu.
Apabila bukti baru muncul yang mencurigakan, Ukail mula menyiasat semula kes ibunya secara senyap-senyap. Setiap langkah membawanya lebih dalam ke dalam konspirasi gelap yang melibatkan orang berkuasa, termasuk Tan Sri Rohan Jaafar, ahli perniagaan ternama yang mempunyai hubungan rahsia dengan masa lalu keluarganya.
Dibantu oleh Elena, rakan sepasukan yang setia, dan kemudiannya Dr. Tasneem, seorang doktor yang membawa sinar baru dalam hidupnya, Ukail mendedahkan rahsia yang boleh menghancurkan kerjaya dan nyawanya.
Dari balai polis ke hospital, dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands, setiap petunjuk membawanya lebih dekat kepada kebenaran-tetapi juga lebih dekat kepada bahaya.
Sweet Witch,
Louisa
Maira - 22 Tahun
- 156 cm
- 20/8
Hayyan - 25 Tahun
- 189 cm
- 15/6
Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...