"Bagaimana kau boleh berminat dengan gadis seperti itu.." tanya Jeno dengan menunjukkan muka yang menuntut kepastian daripada Jaemin. Jaemin memandangnya lalu kembali memandang ke hadapan semula.. "Kerana ini adalah takdirku dengannya...walaupun aku tak suka dengannya pada mulanya tapi setelah aku mengenalinya aku jadi semakin jatuh cinta dengannya.." "Ehem.." ?? Mata Jaemin membulat dan menoleh melihat wanita yang dicintainya datang dengan wajah yang berseri dan bersinar bak bunga matahari. "Buat apa dekat sini??" tanya Areum sambil bercekak pinggang. "Err takde-takde.. Hehe" kata Jeno menidakkan situasi yang sedang berlaku. "Mari sini.." Areum membawa Jaemin pergi dari situ. "Seram sangat Areum tu.." kata pelajar perempuan lain ketika Areum dan Jaemin melintasi mereka. Areum berhenti di suatu bilik darjah dan seterusnya dia menguci pintu tersebut. Areum melepaskan tangan Jaemin dengan kasar itu membuatkan Jaemin tertanya kenapa dengan dia ini.All Rights Reserved