"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah.
Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan mask dan cermin mata, Aafiyah mendapat julukan 'Female Warrior' daripada rakan-rakan sekerjanya.
Namun, tak pula Aafiyah sangka yang jejaka yang dia 'basuh' dan disangka budak penghantar makanan itu merupakan CEO sementara di Inarah Holdings!
"Just wait and see apa yang aku akan buat kat kau."- Harraz Rayyan.
Detik itu, bermulalah hari dimana Aafiyah 'didera' oleh lelaki yang masih mengekalkan aura misterinya itu dengan mengenakan mask dan cermin mata gelap tiap masa.
Tetapi, apabila Aafiyah dengan tidak sengaja melihat wajah sebenar Harraz, dia tergemap.
Harriz Rayqal?!
Tak pernah terdetik langsung melihat wajah lelaki itu sama seperti wajah idolanya, Harriz! Muka sebijik tapi perangai bagaikan langit dan bumi!
Belum sempat dia menghadam perkara itu, dia dikejutkan pula dengan berita kehilangan Harriz.
"Harriz hilang. I tak tahu nak buat macam mana dah sekarang ni."- Sal.
Atas desakan pengurus Harriz, Harraz bersetuju untuk menggantikan tempat Harriz untuk sementara waktu dengan bantuan Aafiyah.
Banyak cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi menyelesaikan misteri kehilangan Harriz yang hilang tanpa jejak.
Disepanjang perjalanan, Aafiyah dapat mengenali sisi Harraz yang lain daripada dia sangkakan. Dan, tanpa dia sedar, dia mula tertarik pada lelaki yang mempunyai cerita tersendiri itu.
Dikala hati berbunga-bunga, kemunculan Harriz secara tiba-tiba buat mereka tergamam.
"Since my brother is being me, then I can be my brother." - Harriz Rayqal.
Aafiyah sudah keliru. Kenapa Harriz hilang dan muncul kembali seperti tiada apa-apa yang terjadi? Adakah percubaan bunuh terhadap Harraz ada kaitan dengan misteri kehilangan Harriz? Dan... apa yang terjadi kepada Harriz sepanjang dia menghilangkan diri?
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
Start - 27/9/2024
End -