[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana khabar yang mengatakan gadis itu merupakan seorang yang buta. "Bagaimana dia hendak memerintah andai dia buta!" - Tok Salloman "Kerajaan ini bakal hancur di bawah pemerintahan Permaisuri Adelisa." - Guru Hadid Tetapi tatkala gadis itu mula menunjukkan krelibitinya sebagai seorang pemerintah, dia mula meraih kepercayaan daripada orang ramai. Malah dari kerajaan luar juga. Anehnya, bagaimana secepat itu kepercayaan diletakkan kepada Adelisa sedangkan selama ini mereka langsung tidak mengenali Adelisa? Apakah rahsia yang disembunyikannya daripada rakyat? Dan adakah rahsia di sebalik Hagron L Casa sebenarnya tidak terhenti di situ? "I was there and trying to protect both of us." - Abelisa Haya "Buktikan." - Sultan Riyadh Cerita yang disangka bertemu penamat rupa-rupanya masih punya kisah yang lain. Apakah reaksi orang ramai tatkala mengetahui Adelisa mempunyai seorang kakak kembar? Dan mengapakah dia kembali setelah puluhan tahun lamanya?