Secret
  • Reads 52,754
  • Votes 6,633
  • Parts 55
  • Reads 52,754
  • Votes 6,633
  • Parts 55
Complete, First published Apr 07, 2022
[COMPLETED]
Start : 7 April 2022
End : 18 July 2022


Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana khabar yang mengatakan gadis itu merupakan seorang yang buta.

"Bagaimana dia hendak memerintah andai dia buta!" - Tok Salloman

"Kerajaan ini bakal hancur di bawah pemerintahan Permaisuri Adelisa." - Guru Hadid

Tetapi tatkala gadis itu mula menunjukkan krelibitinya sebagai seorang pemerintah, dia mula meraih kepercayaan daripada orang ramai. Malah dari kerajaan luar juga. Anehnya, bagaimana secepat itu kepercayaan diletakkan kepada Adelisa sedangkan selama ini mereka langsung tidak mengenali Adelisa?

Apakah rahsia yang disembunyikannya daripada rakyat? Dan adakah rahsia di sebalik Hagron L Casa sebenarnya tidak terhenti di situ? 

"I was there and trying to protect both of us." - Abelisa Haya

"Buktikan." - Sultan Riyadh

Cerita yang disangka bertemu penamat rupa-rupanya masih punya kisah yang lain. Apakah reaksi orang ramai tatkala mengetahui Adelisa mempunyai seorang kakak kembar? Dan mengapakah dia kembali setelah puluhan tahun lamanya?
All Rights Reserved
Sign up to add Secret to your library and receive updates
or
#11fantasi
Content Guidelines
You may also like
LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2 [C] by __syhadh
59 parts Complete
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 6th BOOK 15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex. Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula mengatur strategi bagi memastikan tentera Jentayu Emas tidak berani untuk membuat kerosakan di bumi kutub khanah dunia itu. Bermula pada hari pertama perintah gencatan senjata itu tamat, seluruh Gapura Ilmi dikawal ketat. Sempadan negara ditutup. Pasukan-pasukan tentera elit diarahkan berjaga di perairan dan sempadan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan. Firaz juga tidak terkecuali. Namun, disebabkan dia seorang anggota komando, dia telah dipilih untuk mengetuai pasukan keselamatan di bahagian sempadan. Terpaksa meninggalkan keluarga. Duduk di kawasan berbahaya - bagai menunggu ajal menjemput pulang bertemu dengan-Nya. Lama-kelamaan, Jentayu Emas semakin bermaharajalela. Kemusnahan berlaku di merata tempat. Dentuman bom menghiasi ruang atmosfera negara itu. Butir-butir peluru menghujani udarakasa - mencari tubuh untuk meragut nyawa. Mayat-mayat insan tidak bersalah bergelimpangan. Ia membuatkan Firaz terus mengerah sisa tenaganya untuk membela agama dan negara tercinta. "Sekarang pilih, hidup atau mati?" "Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 23 JUN 2024 END: 25 JANUARI 2025
ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C] by fieqashah
60 parts Complete
✅ COMPLETED~ 27/7/2024 "Pancung sajalah aku! Aku tidak tahan melihat kemunduran minda manusia-manusia di Cenderawasih ini! Dikawal dek penjajah seperti boneka!" - Laksamana Haq Arsalan ... "Cinta semangat Haq!" - Laksamana Haq Arsalan. "Habis? Jikalau Cinta mati, Haq akan hidup tanpa semangat?" - Cinta Kasturi. ... "Apa gunanya berhempas pulas berlatih jikalau aku dilarang turun ke medan pertempuran? Aku mahu lindungi engkau, Haq!" - Cinta Kasturi. "Lindungi Haq di medan peperangan akan membahayakan diri Cinta sendiri. Jadi, kekallah di sini." - Haq Arsalan. "Engkau silap, Haq. Aku menyayangi suamiku melebihi diri sendiri." - Cinta Kasturi. Peperangan Bentala-Bumantara diakhiri dek sebuah mimpi ngeri yang menyerang lena para tukang tilik di ketujuh-tujuh empayar Bentala. Namun, meskipun peperangan telah bertemu penghujung, empayar Antaboga masih menyimpan hasrat untuk menakluk negara Cenderawasih, satu daripada negara di daratan Bumantara. Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad, perlahan-lahan Antaboga mencucuh api hasutan untuk menguasai minda pemerintahan Cenderawasih. Sehinggalah kaum kerabat kesultanan Cenderawasih berpecah belah. Kehidupan di Cenderawasih kembali huru-hara. Hanya satu nama yang diharapkan untuk menegakkan keadilan dan menghalau para durjana. Beliaulah, Laksamana Haq Arsalan. Akan tetapi, perjalanan beliau bukanlah mudah. Duka lara, derita dan sengsara perlu dibayar demi menebus keamanan dan keadilan.
𝐖𝐡𝐢𝐬𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞𝐬 | OG by syirahnees_
15 parts Ongoing
Kerana yang hadir belum tentu takdir. Dia hanya seorang gadis biasa. Menyembunyikan identiti sendiri sebagai seorang penulis dan hidup seperti manusia lain. Kehidupan sebagai seorang pelajar dan penulis pada masa yang sama memang sukar. Namun perkara kecil itulah yang bakal mengheretnya dalam lurah kehidupan yang mematangkan diri. Sedikit demi sedikit ujian yang terpa dalam hidup memberikan pengajaran dan moral terhadapnya. "Ha... hazel? Campur kelabu?" - ANEESA NUR QAISARAH Bukan kacang hazel mahupun kacang gajus. Tetapi itulah warna sepasang iris mata yang menikam tepat ke dalam anak matanya. Niat hanya ingin menyokong kawan yang memainkan peranan sebagai seorang atlet negara, tetapi apa nak dikata? Kalau sudah suratan takdir mereka akan bertemu, maka itulah terjadi. "Hey you. You're the one that..." - EADEN WILLIAMS Damn! Nakkan pula jejaka Amerika itu sebenarnya kawan kepada kawannya yang atlet itu! Pertemuan pertama mereka akhirnya membawa keduanya menjadi lebih rapat, malah akrab bagai beluncas. Setiap pertemuan ada hikmahnya. Takdir menemukan manusia pasti punya sebab yang baik. Tetapi belum tentu itu adalah jodoh. Akhirnya, kedua-duanya reda dengan apa yang bakal terjadi. Dari sudut Eaden, dia dapat mempelajari Islam daripada Aneesa. Namun hati yang sudah terikat sepenuhnya terhadap gadis muslim itu merisikokan kehidupan. "Even if we are separated for a long time or have no contact each other, please do come here." - EADEN WILLIAMS "Is that a promise?" - ANEESA NUR QAISARAH Adakah kerana sebuah perjanjian yang menemukan mereka semula... Atau memang sudah suratan takdir mereka? Takdir yang menjanjikan sebaliknya.
LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 1 [C] by __syhadh
60 parts Complete
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024
You may also like
Slide 1 of 10
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti  cover
LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2 [C] cover
Maths cover
43. Hell Girl cover
35. That Not My Problem cover
ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C] cover
The Stupidos | The Hidden Cure cover
Tainted Love [OG] cover
𝐖𝐡𝐢𝐬𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞𝐬 | OG cover
LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 1 [C] cover

[TERBIT] Kalam Yang Dinanti

24 parts Complete

TERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan clishe. Sesuatu yang berlaku pada zaman sekarang, cuma orang ramai tak nampak sedangkan banyak berlaku kes macam ni." . "Watak yang sangat menjadi, terasa seakan wujud watak-watak tu. Pernah terfikir kalau keluar tv story ni mesti best." . "Story yang tak clishe, jalan cerita yang banyak-banyak liku kehidupan sebenar. Real sangat." . "Bila tengok ending ingatkan sad ending, rupanya happy ending. Memang tak boleh jangka betul ending dia! . "Gaya penulisan yang cukup baik dan jalan cerita yang mampu memberikan impak dalam diri. TAK RETI NAK BERSASTERA TAPI CERITA NI SUMPAH BEST."