Kehilangan Yasmeen Daleesa dua minggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung mengubah hidup Aysara Maleesa apabila dia terpaksa menggantikan kakaknya demi menjaga nama baik keluarga. Biarpun sudah puas menolak, tetapi arahan mama dan papa harus dia turuti. "Perkahwinan ni hanya untuk menutup malu kau dan keluarga aku, jadi selepas semua ni dah selesai tolong lepaskan aku." - AYSARA MALEESA "Sampai bila-bila, kau akan jadi isteri aku Aysara. Kalau kau minta untuk aku lepaskan kau, in.your.dreams!" - RAES ADRIAN Bagi Raes Adrian, sekali dia lafazkan akad Aysara akan kekal menjadi isterinya. Sikap keras kepala Aysara memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan isterinya itu. Raes sedar, perkahwinan mereka bukan atas kerelaan Aysara. Namun Raes yakin suatu hari nanti Aysara akan menerimanya dengan ikhlas hati. "Kau tetap istimewa bila kau dah sah jadi isteri aku, Aysara." - RAES ADRIAN Melihat layanan Raes kepadanya sering membuatkan hati Aysara tidak keruan. Aysara tahu tiada guna jika dia menolak kehadiran Raes dalam hidupnya. Saat hati mula terbuka untuk menerima Raes, rumahtangga mereka pula diuji. "Sebab jantan ni ke kau susah sangat nak terima aku, Aysara? Sebab dia ke kau susah sangat nak buka hati kau untuk aku?" - RAES ADRIAN Salah faham yang membuatkan Aysara kecewa dengan Raes. Saat Raes menyedari kesilapannya, ternyata semua sudah terlambat apabila Aysara terlibat dalam satu kemalangan. "Bahagiakan dia selayaknya, kami menanti Aysara Maleesa dengan versi baru. Kembalikan adik kami semula." - YASMEEN DALEESA Satu demi satu rahsia terbongkar. Siapa pula Catrina dan Fairus yang menjadi punca terputusnya hubungan Raes dan Yasmeen? Dapatkan Aysara menerima Raes kembali setelah satu rahsia tentang suaminya terbongkar? Kebahagiaan seperti mana yang Aysara dambakan? Adakah Raes yang mampu membahagiakan Aysara?