Old Title : Transmigration Naughty Girl Bagaimana jika Keira Ivy Darius seorang gadis nakal , suka buat masalah dan seorang badgirl di sekolahnya tetapi tidak suka membuli orang , ada yang tidak berpuas hati dengan dirinya kerana kenakalan diri dia sendiri dan membuat dia terbunuh? Terbunuh? Tetapi dia tidak ke alam barzakh tapi ke tubuh orang lain yang sama sekali dia tidak kenal.Siapa yang membunuhnya? Violet Medora Achilles seorang gadis malang yang dibenci oleh abang abangnya kerana sering menarik perhatian untuk mendapatkan mereka dengan berpakai seperti jalang , tetapi tidak dengan kedua ibu bapanya yang menyayangi anak bongsu mereka dan satu satunya anak perempuan di keluarga mereka.Mereka mungkin agak kecewa dengan penampilan anaknya tetapi tidak pernah mengatakan perkataan yang kasar seperti abang abangnya.Tidak jarang juga abang abangnya sering di marahi oleh ibu bapa mereka kerana perkataan kasar yang dilontarkan kepada adik bongsu mereka. Dia juga menyukai salah satu sahabat baik abang kembarnya.Perkara itu juga adalah faktor mengapa abang abangnya membenci adik mereka sendiri. Suatu hari , pada hari , jam dan minit yang sama dengan kematian Keira , ada yang menolak Violet ke arah jalan besar di hadapan sekolah dan menyebabkan dia di langgar lori kayu balak dan menyebabkan dirinya meninggal di tempat kejadian tetapi Keira telah bertransmigrasi ke dalam tubuh gadis malang ini. Bagaimana kesudahannya? Mampukah Keira membalas dendam kepada orang yang telah membunuh dirinya? Dan mampukah Keira mencari siapa yang telah menolak Violet sehingga di langgar lori kayu tersebut? WARNING ⚠️ -kata kata kasar. -kekerasan. -scene scene tidak patut ditiru.All Rights Reserved