25 parts Ongoing MatureAisy Rihana. Di mata orang lain, dia adalah gadis yang selalu tampak beruntung dan bahagia. Namun, di balik senyuman itu tersembunyi luka lama, ada trauma masa kecil yang disimpannya rapi. Tidak mudah baginya untuk membiarkan orang lain masuk ke dalam hidupnya.
Takdirnya berubah ketika ibu tirinya membuat satu keputusan besar. Aisy bakal disatukan dengan seorang lelaki yang tidak pernah disangkanya-bosnya sendiri.
"Aku nak kau kahwin dengan Fayyadh."
"Aku tak kisah kau setuju ke tak, tapi aku tetap akan satukan kau dengan Fayyadh."
Dareen Fayyadh. Dia tahu bahawa Aisy hanya menerimanya kerana terpaksa. Dia juga sedar, perjalanan untuk masuk ke dalam hati Aisy bukanlah mudah.
"Aisy Rihana, saya tahu awak terima saya kerana terpaksa. Tapi, tolong... cuba buka hati awak untuk saya. Saya takkan paksa. Percayalah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan awak. Saya akan bimbing awak ke arah yang lebih baik."
Walaupun pada mulanya sukar, akhirnya Aisy menerima Dareen. Hidupnya perlahan-lahan berubah menjadi lebih bahagia bersama Dareen. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama.
Dareen mula menerima ancaman dari seseorang yang memaksanya menjauhi Aisy. Ancaman demi ancaman diterimanya, hingga orang tersebut melakukan sesuatu yang tidak pernah disangka.
Siapakah 'orang itu'? Apa sebenarnya yang dia inginkan dari Dareen? Dan bagaimana nasib hubungan Aisy dan Dareen di penghujung cerita?
•Dilarang plagiat⚠️❗
•Kalau ada typo, tegur tau (◡ ω ◡)
•Alang-alang dah singgah baca cerita ni, vote & komen lah..bagitahu cerita ni macam
mana(~ ̄³ ̄)~
•Lurve sangat-sangat orang yang support
xeisy!♡