Saat gerimis mengucup bumi,
Aku keluar melihat hujan.
Hujan yang turun secara tiba-tiba
Sedangkan langit tadinya cerah,
Orang-orang juga menjemur kain di ampaian.
Seindah hujan yang memberi seribu satu makna buat penduduk alam ini,
Kadangkala, ia bencana.
Aku sinonimkan hujan ini denganmu.
Kamu yang secara tiba-tiba datang,
Secara tiba-tiba membuatku sayang,
Mengajarkan erti penantian dengan sebaris senyuman,
Tiba-tiba juga, memilih untuk pergi tanpa sebaris kata.
Tanpa aku sedari,
Kaulah punca segala bencana di hatiku.
Di sebalik ketiba-tibaanmu,
Aku yakin bahawa kamu ialah rahmat dari Semesta untukku.
Tanpa jemu,
Aku terus menunggu dirimu datang lagi.
Meski tidak kutahu bentuk apa kedatanganmu
Apa bencana atau pelangi di hujungnya.
-Merlily-
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.)
"Aku benci keluarga ini."
Itulah kalimat yang terkunci di dalam diri ini. Aku terikat dengan kata itu sepanjang hidup.
Hari menjelang minggu, minggu menjelang bulan, bulan menjelang tahun tetapi kalimat itu tidak pernah hilang. Malah menambahkan lagi kesengsaraan diri ini.
Dan semua itu sebab aku adalah penyebab ibu aku pergi. Aku dilahirkan di dunia ini dianggap sebagai pembawa malang. Tidak ada satu pun ahli keluarga aku menyayangi aku. Semua mereka berfikir aku adalah pembawa malang.
Aku tidak salah tetapi kenapa mereka menyalahkan aku? Atau mungkin aku memang pendosa sebagai manusia yang hidup.
Aku sakit.
Sakit dan penat menerima kenyataan ini.
Dan disebabkan semua ini jugalah, jiwa kedua aku muncul. Muncul sebagai pengganti diri aku yang sungguh sakit dan penat untuk menerima kenyataan sebenar.
"Aku bukan Rechel, aku Emerline."
P/S karya ini mengisahkan hidup Rechel iaitu kwn kepada Claire di tears of melody
Start: 1.1.2021
End: 4.4.2021
Cover by: @AizackMesle