THE LAST EMPRESS (FQ)MAHARANI
4 parts Ongoing THE HISTORY OF FIVE PRINCE AND THE PRINCESS
[DELLA KHAIR']
Ini bukannya kisah cinta seorang putera diraja yang jatuh cinta dengan seorang 'Cinderella' semasa majlis tari menari.
Bukan juga kisah hidup 'Rapunzel' yang telah dikurung oleh Mother Gothel,penculiknya di dalam menara yang tinggi.
Dan,bukan juga kisah 'Frozen' yang memaparkan seorang ratu yang mempunyai kuasa magis yang telah ditakdirkan buatnya untuk melindungi kerajaannya.
'Titanic'?Oh,jauh sekali jika ingin dikaitkan dengan kisah pencintaan mereka.
Apatah lagi dengan 'Snowhite and The Hunstman'.Lagilah tersasar jauh.Terlalu rumit untuk diperjelaskan.
Sangat berbeza.
Kerana ini,hanyalah sebuah kisah yang bukan sahaja memaparkan kisah cinta yang bermula dengan kepahitan dan seterusnya berakhir dengan kemanisan semata-mata.
Disini,aku tuliskan sebuah jalan cerita yang memaparkan sebuah perjuangan yang menginginkan sebuah kebenaran,bukannya hanya kemenangan kosong semata-mata.
Ini adalah kisah mereka.
Di sebuah kerajaan Della Khair'.
Kerajaan yang pernah mendapat gelaran 'Magnificent Century'.
Abad yang teragung.
5 putera 1 puteri.
Bermula daripada merangka sebuah cerita akhirnya mencipta sejarah.
Sejarah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
'Dia' hanya insan biasa.Tidak terdaya.Lemah.
Namun,siapa sangka 'dia' lah juga yang akan mencipta sebuah lagi sejarah.
Penamatnya tetap sama.
Selamanya akan sama.
Sejarah tetap menjadi sejarah.
Rindu dan dendam saling bersulam.
Satu persatu tumpas di depan mata.
5 BATU NISAN.
5 NYAWA.
ANGKARA SIAPA SEBENARNYA?
DAN
SIAPAKAH PEMILIK GENERASI SETERUSNYA TAKHTA DELLA KHAIR'?
Dengan lafaz,
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ,
Aku buka tirai penceritaan sejarah Della Khair'...
[INGIN DIINGATKAN KPD PARA PEMBACA,INI HANYALAH SEBUAH CERITA YG DIKARANG DGN IMAGINASI SEMATA-MATA.]