Versi pertemuan pertama, Tya Zenia sudah benar-benar jatuh hati kepada jejaka beranak mata hitam pekat itu. Segak bersut hitam. Rambut coklat mudanya tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Beralun lembut ketika angin menyapa. Bila si jejaka tersenyum, terpamer eye smile yang memukau.
Tya terpedaya. Benar-benar terpedaya.
Versi pertemuan dua tahun selepas itu, Tya rasakan ada kelainan pada sang pemilik hatinya itu. Tatapannya, senyumannya, tawanya... Semuanya benar-benar berubah! Tiada lagi tatapan lembut yang sentiasa buat Tya tenang. Tiada lagi senyum manis yang buat Tya angau tidak boleh tidur malam.
Yang tinggal hanyalah... tatapan intens dan tajam. Bibir merah jambu itu pula hanya tahu ukir senyum sinis. Memang jantung Tya berdegup kencang. Tapi kencang kerana rasa ingin melarikan diri.
Tapi orang kata, cinta itu buta. Tya butakan mata demi perasaan cinta terhadap si jejaka pujaan hati. Hari demi hari berlalu tanpa mengira waktu. Tatkala satu per satu rahsia terbongkar, Tya jatuh terduduk. Lemah longlai lutut. Kenyataan demi kenyataan menghempap Tya jatuh ke lantai bumi.
"Sia... Siapa awak sebenarnya?"
"I'm your husband, my Zenia."
Tatkala itu, Tya rasa seperti ingin 'mati'. Tya buntu. Siapa sebenarnya gerangan yang selama ini memegang gelaran sebagai suami? Siapa dia? Apa yang dia mahukan daripada Tya?
"Jangan dekat! Ceraikan saya!"
"Never say that again, sweetheart. You're my wife. You're mine till death do us part."-KQ.
Aku tak sempurna...
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.