13 Partes Continúa Contenido adulto1.0 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 | 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐲𝐚𝐳
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 | Lelaki yang pernah percaya bahawa cinta sejati itu wujud, lelaki yang lembut dalam kata-kata, tulus dalam perbuatan. Kerana tragedi kemalangan itu, dia tekad meletakkan keegoannya di tempat yang paling tinggi, dia bukan lagi lelaki yang sama penuh dengan kasih sayang dan cinta. Tapi narsistik, cemburu dan ego itu menjadikan dia buta.
𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀 | Demi maruah, dia terpaksa mengahwini Riyaz Hanzalah. Dengan syarat Riyaz hanya akan melepaskan Ezzara sebaik sahaja Ezzara selamat melahirkan anaknya. Kerana kekhilafannya itu Ezzara terseksa menanggung segala bebanan yang menghimpit diri, sengsaranya dia menepis hinaan.
"Kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut abang cuma menyakitkan hati, Zara?" ―LARA EZZARA.
Lelaki itu pernah berjanji, tapi janji itu lenyap. Dimamah oleh waktu dan dikhianati oleh lelaki yang pernah bersumpah setia, bersumpah akan menjaganya hingga ke akhir hayat.
"Melutut. Melutut dan cium kaki aku. Tunjukkan yang kau masih tahu dimana nilai kau sebagai seorang isteri, isteri yang hina!" ―TUAN RIYAZ.
Itukah lelaki yang selalu Ezzara inginkan kembali? Ezzara telah terluka untuk kedua kalinya tetapi selama mana dia miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini, Ezzara tidak pernah pasrah dalam hidup malah hatinya menjadi lebih keras dari kerikil.
"Lepaskan saya, Riyaz. Awak anggap jodoh kita sampai setakat ini saja." ―LARA EZZARA.
Enam tahun telah berlalu, pergi dan menghilang tanpa khabar. Riyaz menjadi seorang yang perindu, menagih simpati, pujuk rayu dan terus menerus menghukum diri. Apakah takdir akan memberi ruang kedua, atau sekadar mengulang luka yang sama?
"...abang perlukan isteri abang. Janganlah hukum abang dengan rindu ini. Jiwa abang terseksa menanggung dosa! Abang merayu, abang melutut. Kembalilah, sayang!" ―TUAN RIYAZ.