Belongs To Mr Psycho
  • Reads 6,073
  • Votes 192
  • Parts 10
  • Reads 6,073
  • Votes 192
  • Parts 10
Ongoing, First published May 07, 2022
Bagi Tan Sri Nazin, Nur Hawa Khadijah merupakan berlian yang hampir rapuh. Apatah lagi setelah kehilangan deria penglihatan akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Sebagai seorang datuk, Tan Sri Nazin menjaga Hawa umpama seorang puteri. Disayangi, dilindungi dan diberikan kehidupan yang serba serbi sempurna. 
Setelah Tan Sri Nazin meninggal dunia, Hawa diangkat menjadi pewaris empayar perniagaan arwah datuknya. Tapi bagaimana dia mahu menguruskan Zin Corporate dengan keadaannya yang hampir buta? Musuh perniagaan semakin menunjukkan taring, mahu menjatuhkan empayar yang dibina oleh Tan Sri Nazin. Tiada siapa yang takut dengan gadis buta seperti Hawa. Ekonomi Zin Corporate semakin goyah.
Kerana tiada pilihan, Hawa menerima lamaran Asyraf Galileo. Dia meletakkan harapan agar Asyraf berjaya memulihkan Zin Corporate. 
"Betul ke arwah datuk saya pernah minta awak untuk jadi suami saya?"
"Ya."
Ikatan perkahwinan tanpa didasari oleh cinta, hanya berlandaskan urusan perniagaan semata-mata. Adakah Hawa masih boleh menggapai rasa bahagia?
Bagi Asyraf, perkahwinan mereka berdua tidak akan kekal. Dia sudah punya wanita lain yang jauh lebih sempurna. Mandy tidak pernah gagal menjadi trofi kebanggaannya. 
Cuma kenapa hati Asyraf sentiasa berbelah bahagi berhadapan dengan si isteri?
"Hawa... You have me." 
Ketika Hawa sedar dia bukan pilihan Asyraf, ketika Hawa tahu tujuan Asyraf berada di sampingnya, dia terbangun dari lena yang panjang. Tiada siapa yang ikhlas memanjakan dirinya selain arwah Tan Sri Nazin!
Pengkhianatan Asyraf tidak mampu diterima. Walau cintanya utuh, dia perlu berundur sebelum maruahnya benar-benar tersungkur. 
"Kita bawa haluan masing-masing. Jangan cuba dekati I. Kita dah tak ada apa-apa."
Hawa parah dan pasrah. Tetapi bagaimana dengan Asyraf pula?
All Rights Reserved
Sign up to add Belongs To Mr Psycho to your library and receive updates
or
#889novel
Content Guidelines
You may also like
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL by Yasmyns_Dahlia
44 parts Ongoing
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24
SOFEA by itswynaa
35 parts Complete
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
FIGHT FOR LOVE by leesophielia
37 parts Ongoing
"What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" - RIFFAT HAMRI Hanya dengan satu permintaan daripada si bapa, hidup Yasmeen terumbang-ambing. Seperti bidan terjun. Itulah gambaran paling tepat bagi seorang Yasmeen Sira. Diminta untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai jurulatih tinju, bukanlah sesuatu yang diimpikannya! Riffat Hamri. Sebaris nama yang bersinar terang dalam dunia tinju, diangkat, diidolakan, dan dipuja oleh ribuan pengikut yang tak terhitung. Namun di sebalik segala kejayaan dan kemasyhuran, ada satu perkara yang jelas hilang darinya; adab. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI Bagi Yasmeen, wang adalah segalanya. Nama RCA, kejayaan atau kegagalan RCA, bukanlah soal yang membelenggu fikirannya. Namun, ada satu misi yang jauh lebih penting buatnya, iaitu untuk menundukkan ego besar seorang Riffat Hamri yang penuh kesombongan. "Seiring berlalunya waktu, nanti awak akan sedar... awak akan berterima kasih atas segala yang saya lakukan." -YASMEEN SIRA Benar. Seiring waktu yang terus berlalu, kebencian yang membara dalam diri Riffat mula luntur sedikit demi sedikit. Namun, di sebalik itu, ada sesuatu yang baru muncul, perasaan yang menggelora, datang entah dari mana, yang mengubah segalanya. Pelbagai onak dan duri, terpaksa mereka harungi bersama, hanya dalam tempoh dua bulan yang penuh cabaran. Namun, di sebalik setiap rintangan yang mencabar, benih cinta yang tak terjangka mula tumbuh. Adakah Yasmeen akan terus bertahan, menentang segala halangan yang datang, atau apakah dia akan memilih untuk melepaskan segala-galanya, mengakhiri perjalanan ini selepas tamatnya tempoh yang diberikan. Bertahan atau melepaskan? "Then let me make a new deal. Stay. Stay for me..."
You may also like
Slide 1 of 10
CRUEL DESTINY | OG cover
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL cover
LOVE & YOU cover
Pengantin Bidan Terjun cover
HIS : KAYLA JASMEEN cover
SOFEA cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
FIGHT FOR LOVE cover
Bukan Aku Tak Cinta cover

CRUEL DESTINY | OG

45 parts Ongoing

Empat tahun yang lalu, dia ditinggalkan atas alasan bahawa sang isteri sangat lelah dengan keadaan yang serba kekurangan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang berusia 21 tahun yang asal usulnya tidak diketahui, hidupnya tenang sebelum bertemu dengan Datin Rose. Rais Andika - Seorang jejaka yang berusia 24 tahun. Dia disahkan lumpuh dan mempunyai trauma yang mendalam setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya berpunca daripada salah orang lain. Kerana aturan keluarga, mereka berkahwin. Asing tetapi seperti rumah. Itu yang dirasakan oleh sang jejaka. "Sumpah, aku penat hidup susah dengan kau." - Chempaka Elana. Bumi itu selalu berputar pada paksinya. Setelah empat tahun mereka tuhan mempertemukan mereka semula. Di sini, segala-galanya bermula... Penderitaan baru sahaja dimulai... Bagaimanakah kesudahan kisah ini? Cute cover by Dina. Start: 9 Ogos 2024. End: